Jumaat, 29 Mei 2015

PEPERIKSAAN SEMULA EDU3093 (kemaskini 29 Mei 2015, 5:00pm)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Adalah dimaklumkan bahawa, Peperiksaan Semula EDU3093 bagi semua pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Jun 2011 (Semester 8) akan ditadbir pada 20 Jun 2015 (Sabtu), jam 8.15-10.45 pagi.
Bagi memudahkan para pelajar, JPPS telah mendapat persetujuan Rektor IPGM untuk MELULUSKAN setiap permohonan pelajar yang ingin menduduki peperiksaan tersebut di IPG Kampus yang berdekatan dengan sekolah atau kediaman pelajar yang terlibat.
Pelajar yang berkeperluan boleh membuat permohonan dengan menulis surat rasmi kepada Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun (u.p: Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian). Sila rujuk contoh surat yang disertakan.
Permohonan hendaklah sampai ke UPP dan salinan kepada Penyelaras PPG selewat-lewatnya hari Jumaat 5 Jun 2015. Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan.
Terima kasih.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum .. Bagaimana saya ingin meyemak permohonan saya untuk mengambil peperiksaan ulangan EDU3093 di IPG Ipoh? surat permohonan telah dihantar pada 1 Jun 2015. Butiran Diri
    Nama : Hishamudin Bin Sharaini
    No IC : 760705-08-5799
    Angka Giliran : 2011 3023 60378
    Kelas : Tesl 2 IPG Bainun

    BalasPadam