Isnin, 25 Mei 2015

KERTAS SOALAN EDU3093 "TERCEMAR" (kemaskini 26/05/2015 - 10:30pm)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Dukacitanya dimaklumkan bahawa soalan EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA dan EDU3093 TEACHER AND CURRENT CHALLENGES yang telah ditadbirkan pada 23 Mei 2015 lalu disahkan 'tercemar' di beberapa IPGK. Oleh yang demikian, peperiksaan tersebut akan ditadbir semula (di semua 27 IPGK) pada hari Sabtu, 20 Jun 2015 jam 8.15-10.45 pagi.
Harap maklum.

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum, Saya pelajar PPG kohort 1 daripada kelas TESL 2 baru sahaja menghabiskan Kertas peperiksaan terakhir Semester 8 pada 24 May yang lalu. Setelah 4 tahun berulang dari SERI ISKANDAR PERAK ke IPG Tuanku Bainun sebanyak 96 kali (190 KM sehala) saya berasa amat seronok dan bersyukur Allah telah memanjangkan umur saya sepanjang saya memandu kereta selama (3 jam + 3 jam) x 96 kali = 576 jam berada di atas jalanraya. Hanya sekali saya kemalangan melanggar lembu di Senggang Kuala Kangsar pada pukul 5 pagi. Tetapi hanya kereta sahaja yang rosak dan kerugian RM 250 untuk membaiki kereta. Saya telah memaklumkan pada tuan guru besar saya bahawa pada tarikh 24 May 2015 adalah yang terakhir untuk saya tidak menyertai apa-apa lagi urusan di IPG. Saya berjanji pada beliau bahawa saya akan menumpukan perhatian kepada hal-hal yang urusan sekolah khususnya hal Ko-Kurikulum. Tetapi apabila hal mantadbir semula soalan seperti ini terjadi, saya seolah-olah mendapat mimpi ngeri ditokam harimau. saya amat amat amat amat seeediiih dengan berita ini. Walaupun saya masih muda, saya merasakan amat amat amat amat letih untuk memikirkan lagi hal peperiksaan ini. Saya amat berharap agar TUAN mengkaji semula keputusan ini dan membuat perbincangan dengan pihak atasan dan bawahan untuk mendapat keputusan yang TERBAIK agar peperiksaan ini tidak dibuat semula . Saya amat amat amat berharap tuan mengambil berat tentang hal hal kebajikan pelajar seperti saya. Saya juga tahu ada lagi pelajar yang tinggal di Kelantan yang terpaksa berulang ke IPG bainun. Tolong lah tuan, saya merayu sekali lagi agar tuan tidak membuat peperiksaan ulangan bagi EDU3093 iini. Terima Kasih

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam w.r.t...
    Pertama sekali sekalung tahniah kepada cikgu Hishamudin dan semua pelajar-pelajar PPG Sem 8 yang telah bertungkus lumus dan sabar menempuhi ranjau sepanjang pengajian selama 4 tahun di IPGKTB. Tambahan pula cikgu Hishamudin yang sanggup berulang alik sejauh 190km sehala, memang memerlukan hati dan semangat yang cekal.
    Keputusan untuk mentadbir semula peperiksaan EDU3093 bukanlah diambil secara terburu-buru. Keputusan ini adalah keputusan Tuan Rektor. Pihak Jabatan Pengurusan Peperiksaan dan Senat (JPPS) di IPGM telah melakukan penyiasatan yang lengkap sebelum membuat laporan kepada Tuan Rektor. Pentadbiran semula peperiksaan ini diarahkan kepada semua 27 buah IPGK, bukan hanya di IPGKTB saja.
    Harap cikgu Hishamudin dapat bertenang, sabar dan bersedia untuk peperiksaan tersebut. Saya hanya menerima arahan daripada Tuan Rektor dan menjalankan tugas yang telah diamanahkan.
    Terima kasih.

    BalasPadam