Sabtu, 14 November 2020

TAKLIMAT PEPERIKSAAN PELAJAR BARU (PDPP - BCN AMBILAN OKTOBER 2020)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar (Ambilan Oktober 2020) yang baru mendaftar untuk mengikuti pengajian di IPG Kampus Tuanku Bainun (IPGKTB).

Para pelajar diwajibkan untuk mengikuti taklimat Peperiksaan secara dalam talian bagi mendapat maklumat berkenaan fungsi, pengurusan peperiksaan dan tanggungjawab pelajar sepanjang melanjutkan pengajian di IPGKTB. 

Diharapkan dengan taklimat ini akan memberikan gambaran dan maklumat bagaimana proses pengurusan peperiksaan dijalankan di IPGKTB.

Para pelajar juga perlu melengkapkan butiran dan menjawab soalan-soalan melalui pautan google form di bawah untuk rekod kehadiran dan bukti taklimat telah diikuti oleh pelajar. 

Sila hubungi Pihak Unit Peperiksaan IPGKTB jika terdapat sebarang persoalan dan permasalahan berkenaan Peperiksaan.

Sekian, Terima kasih.


SILA KLIK PAUTAN UNTUK MENGIKUTI TAKLIMAT

SILA KLIK PAUTAN UNTUK MEREKODKAN KEHADIRAN

Khamis, 12 November 2020

PEPERIKSAAN NOVEMBER 2020 (KDC)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Perhatian kepada semua pelajar PDPM (KDC) Ambilan November 2018 (Semester 4) dan  PDPP (KDC) Ambilan Jun 2020 (Semester 1), Peperiksaan November 2020 (KDC) akan ditadbir secara atas talian menerusi pelantar Google Classroom.

Peperiksaan November 2020 (KDC) akan dijadualkan seperti ketetapan berikut:
PDPM (KDC) Ambilan November 2018 :    23 – 24 November 2020
        PDPP (KDC) Ambilan Jun 2020         :    23 – 26 November 2020

Semua calon dikehendaki memuat turun semua bahan berkaitan peperiksaan yang telah disediakan dan memahami tatacara pelaksanaannya. Sila berhubung dengan pensyarah masing-masing jika terdapat sebarang masalah. 

Muat turun bahan-bahan Peperiksaan November 2020 (KDC) di bawah:

Sekian, harap maklum.