Selasa, 22 Disember 2020

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN NOVEMBER 2020 (KDC)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada semua pelajar bagi Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP), Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) dan Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) Mod Kursus Dalam Cuti, anda boleh mula menyemak keputusan Peperiksaan November 2020 mengikut ketetapan berikut:

                    Tarikh : 22 Disember 2020
                    Hari : Selasa
                    Masa : 9.00 pagi

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi pihak Unit Peperiksaan dan Penilaian.

Sekian, harap maklum.

Selasa, 15 Disember 2020

PENDAFTARAN KURSUS PELAJAR BAHARU - PDPP BC(R) AMBILAN OKTOBER 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Ambilan Oktober 2020 Opsyen Bahasa Cina Sekolah Rendah, anda boleh membuat pendaftaran kursus bagi Semester 1 (Peperiksaan Mac 2021) melalui Sistem iTEMS pada 16 Disember 2020 - 24 Disember 2020.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi pihak Unit Peperiksaan dan Penilaian.

Harap maklum.

Isnin, 14 Disember 2020

PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN MAC 2021 (KDC)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Perhatian kepada semua pelajar bagi Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dan Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) Ambilan Jun 2020 Mod Kursus Dalam Cuti, anda boleh membuat pendaftaran kursus untuk semester ini melalui sistem iTEMS mengikut ketetapan berikut:


PDPP (KDC) / PITO Ambilan Jun 2020 (Semester 2) : 13 Disember 2020 - 19 Disember 2020


Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi pihak Unit Peperiksaan dan Penilaian.


Harap maklum.

Isnin, 7 Disember 2020

PEPERIKSAAN DISEMBER 2020

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Perhatian kepada semua pelajar PISMP dan PPISMP, Peperiksaan Disember 2020 akan ditadbir secara atas talian menerusi pelantar Google Classroom.

Peperiksaan Disember 2020 akan dijadualkan seperti ketetapan berikut:
PISMP :    16 – 23 Disember 2020
        PPISMP :    17 – 30 Disember 2020

Semua calon dikehendaki memuat turun semua bahan berkaitan peperiksaan yang telah disediakan dan memahami tatacara pelaksanaannya. Sila berhubung dengan pensyarah masing-masing jika terdapat sebarang masalah. 

Muat turun Jadual Peperiksaan Disember 2020
        PISMP Semester 1
        PISMP Semester 3
        PISMP Semester 5
        PPISMP Semester 1

Muat turun bahan-bahan Peperiksaan Disember di bawah:

Slip menduduki peperiksaan boleh dimuat turun melalui sistem iTEMS.

Sekian, harap maklum.

Sabtu, 14 November 2020

TAKLIMAT PEPERIKSAAN PELAJAR BARU (PDPP - BCN AMBILAN OKTOBER 2020)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar (Ambilan Oktober 2020) yang baru mendaftar untuk mengikuti pengajian di IPG Kampus Tuanku Bainun (IPGKTB).

Para pelajar diwajibkan untuk mengikuti taklimat Peperiksaan secara dalam talian bagi mendapat maklumat berkenaan fungsi, pengurusan peperiksaan dan tanggungjawab pelajar sepanjang melanjutkan pengajian di IPGKTB. 

Diharapkan dengan taklimat ini akan memberikan gambaran dan maklumat bagaimana proses pengurusan peperiksaan dijalankan di IPGKTB.

Para pelajar juga perlu melengkapkan butiran dan menjawab soalan-soalan melalui pautan google form di bawah untuk rekod kehadiran dan bukti taklimat telah diikuti oleh pelajar. 

Sila hubungi Pihak Unit Peperiksaan IPGKTB jika terdapat sebarang persoalan dan permasalahan berkenaan Peperiksaan.

Sekian, Terima kasih.


SILA KLIK PAUTAN UNTUK MENGIKUTI TAKLIMAT

SILA KLIK PAUTAN UNTUK MEREKODKAN KEHADIRAN

Khamis, 12 November 2020

PEPERIKSAAN NOVEMBER 2020 (KDC)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Perhatian kepada semua pelajar PDPM (KDC) Ambilan November 2018 (Semester 4) dan  PDPP (KDC) Ambilan Jun 2020 (Semester 1), Peperiksaan November 2020 (KDC) akan ditadbir secara atas talian menerusi pelantar Google Classroom.

Peperiksaan November 2020 (KDC) akan dijadualkan seperti ketetapan berikut:
PDPM (KDC) Ambilan November 2018 :    23 – 24 November 2020
        PDPP (KDC) Ambilan Jun 2020         :    23 – 26 November 2020

Semua calon dikehendaki memuat turun semua bahan berkaitan peperiksaan yang telah disediakan dan memahami tatacara pelaksanaannya. Sila berhubung dengan pensyarah masing-masing jika terdapat sebarang masalah. 

Muat turun bahan-bahan Peperiksaan November 2020 (KDC) di bawah:

Sekian, harap maklum.

Rabu, 2 September 2020

PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN NOVEMBER 2020 (KDC) AMBILAN BAHARU

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar anda perlu mendaftar kursus bagi Peperiksaan Disember 2020 (KDC) dalam sistem iTEMS seperti ketetapan berikut:

1. PDPP (KDC) amb Jun 2020 : 1 - 11 Sept 2020
2. PITO : 1 - 11 Sept 2020

Kegagalan untuk mendaftar kursus mengikut tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan nama anda tidak disenaraikan dalam e-kehadiran.

Sekian, terima kasih.

Selasa, 1 September 2020

PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN DISEMBER 2020

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar anda perlu mendaftar kursus bagi Peperiksaan Disember 2020 dalam sistem iTEMS seperti ketetapan berikut:

1. PISMP dan PDPP Sepenuh Masa : 16 - 31 Ogos 2020
2. PPISMP ambilan Jun 2020 : 1 - 11 September 2020

Kegagalan untuk mendaftar kursus mengikut tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan nama anda tidak disenaraikan dalam e-kehadiran.

Sekian, terima kasih.

Isnin, 24 Ogos 2020

TAKLIMAT PEPERIKSAAN BAGI PELAJAR BARU ( AMBILAN JUN 2020 )

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar (Ambilan JUN 2020) yang baru mendaftar untuk mengikuti pengajian di IPG Kampus Tuanku Bainun (IPGKTB).

Para pelajar diwajibkan untuk mengikuti Peperiksaan secara dalam talian bagi mendapat maklumat berkenaan fungsi, pengurusan peperiksaan dan tanggungjawab pelajar sepanjang melanjutkan pengajian di IPGKTB. 

Diharapkan dengan taklimat ini akan memberikan gambaran bagaimana proses pengurusan peperiksaan dijalankan di IPGKTB.

Para pelajar juga perlu melengkapkan butiran dan menjawab soalan-soalan melalui pautan google form di bawah untuk rekod kehadiran. 

Sebarang permasalah boleh dimaklumkan kepada Pihak Unit Peperiksaan dari semasa ke semasa.

Sekian, Terima kasih.

SILA KLIK PAUTAN INI UNTUK MENGIKUTI TAKLIMAT   

SILA KLIK PAUTAN UNTUK MENGISI BUTIRAN DIRI DAN MENJAWAB SOALAN

Khamis, 2 Julai 2020

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PENTAKSIRAN AKHIR MEI & JUN 2020

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar program:


1. PPISMP AMB. JUN 2019 (SEM 2)
2. PISMP AMB. JUN 2019 (SEM 2)
3. PISMP AMB. JUN 2018 (SEM 4)
4. 
PISMP AMB. JUN 2016 (SEM 8)
5. PDPP AMB. JUN 2019 (SEM 2)
6. PDPM (KDC) AMB. NOVEMBER 2018 (SEM 3)


Anda boleh menyemak keputusan Pentaksiran Akhir Mei & Jun 2020 melalui Sistem iTEMS mulai 9 Julai 2020 (Khamis) jam 10.00 pagi.

Harap maklum.

PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN NOVEMBER 2020 (KDC)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar program PDPM KDC Ambilan November 2018 (Semester 4), anda perlu mendaftar kursus bagi Peperiksaan November 2020 (KDC) dalam sistem iTEMS mulai 30/06/2020 sehingga 05/07/2020

Kegagalan untuk mendaftar kursus mengikut tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan nama anda tidak disenaraikan dalam e-kehadiran.

Sekian, terima kasih.

Jumaat, 12 Jun 2020

PENTAKSIRAN ALTERNATIF MENGGANTIKAN PEPERIKSAAN JUN 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar PDPM (KDC) Ambilan November 2018 (Semester 3), peperiksaan Pentaksiran Alternatif akan dilaksanakan bagi menggantikan Peperiksaan Jun 2020 bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Pentaksiran Alternatif akan dilaksanakan bermula 18 hingga 22 Jun 2020. Surat makluman Peperiksaan Jun 2020 boleh dimuat turun di sini

Semua pelajar dikehendaki memuat turun Panduan Pentaksiran Alternatif yang disediakan dan memahami tatacara pelaksanaannya. Sila berhubung dengan pensyarah masing-masing jika terdapat sebarang masalah. 

Klik untuk muat turun Panduan Pentaksiran Alternatif. 

Jadual waktu Pentaksiran Alternatif boleh dimuat turun melalui pautan di bawah :
Jadual Peperiksaan Jun 2020


Sekian, harap maklum.

Selasa, 19 Mei 2020

PENTAKSIRAN ALTERNATIF MENGGANTIKAN PEPERIKSAAN MEI 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar program sepenuh masa, peperiksaan Pentaksiran Alternatif akan dilaksanakan bagi menggantikan Peperiksaan Mei 2020 bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Pentaksiran Alternatif akan dilaksanakan bermula 3 hingga 11 Jun 2020. Semua pelajar dikehendaki memuat turun Panduan Pentaksiran Alternatif yang disediakan dan memahami tatacara pelaksanaannya. Sila berhubung dengan pensyarah masing-masing jika terdapat sebarang masalah. 

Klik untuk muat turun Panduan Pentaksiran Alternatif. 

Jadual waktu Pentaksiran Alternatif boleh dimuat turun melalui pautan di bawah : 

PPISMP Semester 2
PISMP Semester 2
PISMP Semester 4
PISMP Semester 8
PDPP Semester 2


Sekian, harap maklum.

Isnin, 20 April 2020

PEPERIKSAAN APRIL 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar PDPM (KDC) Ambilan November 2018 (Sem 2).

Peperiksaan April 2020 akan diadakan pada 27-29 April 2020 bagi menggantikan Peperiksaan Mac 2020 yang ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Surat makluman Peperiksaan April boleh dimuat turun di sini.

Anda boleh muat turun jadual waktu peperiksaan melalui pautan di bawah : 
Jadual Peperiksaan April 2020


Harap maklum.

Isnin, 16 Mac 2020

TAKLIMAT PEPERIKSAAN MAC 2020 SECARA ATAS TALIAN (ITEMS)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar PDPM (KDC) Ambilan November 2018 (Sem 2).

Taklimat Peperiksaan Mac 2020 akan dilaksanakan secara online melalui sistem ITEMS pada 17-20 Mac 2020.
Semua pelajar perlu mengikuti taklimat tersebut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. 

Kegagalan pelajar mengikuti taklimat akan menyebabkan keputusan peperiksaan disekat.

Harap maklum.

Muat turun manual taklimat peperiksaan secara online (pelajar)

JADUAL WAKTU DAN SLIP PEPERIKSAAN MAC 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar PDPM (KDC) Ambilan November 2018 (Sem 2),

Anda boleh muat turun jadual waktu peperiksaan melalui pautan di bawah :
Jadual Peperiksaan Mac 2020

Anda boleh muat turun dan mencetak slip peperiksaan Mac 2020 melalui sistem iTEMS bermula 16 Mac 2020.

Harap maklum.

Jumaat, 14 Februari 2020

KEMASKINI DATA TERKINI DALAM SISTEM ITEMS

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar. Anda diminta untuk menyemak dan mengemaskini data yang tertera dalam sistem items.

Sila beri tumpuan kepada data-data berkaitan nama dan  no kad pengenalan (perlu sama seperti dalam kad pengenalan) dan butiran-butiran lain yang berkaitan.

Kemaskini dan semakan ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang kesalahan ejaan dan butiran lain apabila slip menduduki peperiksaan, slip keputusan, ijazah, diploma, sijil dan transkrip yang dicetak.

Sila ambil tindakan segera.

Harap maklum.

-UPP IPGKTB-

Selasa, 11 Februari 2020

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KHAS/ ULANGAN JANUARI 2020 (PENUH MASA /KDC)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perhatian kepada semua pelajar program :-
1. PPISMP AMB. JUN 2019 (SEMESTER 1)
2. PDPP (KDC) AMB. NOVEMBER 2018 (SEMESTER 2)


Anda boleh menyemak keputusan Peperiksaan ulangan Januari 2020 melalui sistem iTEMS bermula 11 Februari 2020.


Sekian, harap maklum.

Rabu, 8 Januari 2020

PEPERIKSAAN KHAS/ULANGAN JANUARI 2020 (PENUH MASA & KDC)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar program sepenuh masa dan KDC

Anda boleh muat turun jadual waktu peperiksaan melalui pautan di bawah :


PPISMP Ambilan Jun 2019 (Sem 1)
PDPP (KDC)-DINI Ambilan November 2018 (Sem 2)