Khamis, 30 September 2021

PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN JANUARI 2022 KDC (PDPP DAN PDPM) AMBILAN JUN 2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada semua pelajar bagi Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dan Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM), anda boleh membuat pendaftaran kursus untuk Peperiksaan Januari 2022 (KDC) mengikut ketetapan berikut:

                        PDPP/PDPM Ambilan Jun 2021 : 03 Oktober 2021 - 10 Oktober 2021

Mohon rujuk Penyelaras Program bagi senarai kursus semester yang ditawarkan dan anda juga diminta untuk memuat turun Slip Pendaftaran Kursus sebaik sahaja selesai membuat pendaftaran kursus secara dalam talian.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi Unit Peperiksaan dan Penilaian.

Harap maklum

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEPTEMBER 2021 (PDPP/PDPM) KDC AMBILAN JUN 2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada semua pelajar bagi Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dan Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) Mod Kursus Dalam Cuti ambilan Jun 2021, anda boleh menyemak keputusan Peperiksaan September 2021 mengikut ketetapan berikut:

                        Tarikh     : 03 Oktober 2021
                        Hari        : Ahad
                        Masa       : 9.00 pagi

Adalah dimaklumkan juga bagi pelajar yang tidak menjelaskan yuran pengajian (termasuk pembiayaan KWSP dan ansuran peribadi), Unit Peperiksaan dan Penilaian akan menahan slip keputusan peperiksaan sehingga yuran pengajian semester dijelaskan.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi pihak Unit Peperiksaan dan Penilaian.

Harap maklum.

Jumaat, 10 September 2021

PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN JANUARI 2022 (PPISMP AMBILAN JUN 2021)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada semua pelajar bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Ambilan Jun 2021, anda boleh membuat pendaftaran kursus untuk Peperiksaan Januari 2022 mengikut ketetapan berikut:

                PPISMP Amb Jun 2021 : 06 September 2021 - 15 September 2021

Mohon rujuk Penyelaras Program bagi senarai kursus semester yang ditawarkan dan anda juga diminta untuk memuat turun Slip Pendaftaran Kursus sebaik sahaja selesai membuat pendaftaran kursus secara dalam talian.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi Unit Peperiksaan dan Penilaian.

Sekian, harap maklum.

Ahad, 5 September 2021

TAKLIMAT PEPERIKSAAN BAGI PELAJAR BAHARU PPISMP AMBILAN JUN 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar PPISMP Ambilan JUN 2021 yang baru mendaftar untuk mengikuti pengajian di IPG Kampus Tuanku Bainun (IPGKTB)

Para pelajar diwajibkan untuk mengikuti taklimat secara dalam talian bagi mendapat maklumat berkenaan fungsi, pengurusan peperiksaan dan tanggungjawab pelajar sepanjang melanjutkan pengajian di IPGKTB. 

Diharapkan dengan taklimat ini akan memberikan gambaran bagaimana proses pengurusan peperiksaan dijalankan di IPGKTB.

Para pelajar juga WAJIB melengkapkan butiran dan menjawab soalan-soalan melalui pautan google form di bawah untuk rekod kehadiran daripada pukul 12.00 tgh sehingga 1.00 ptg pada 6 September 2021.

Tindakan disiplin boleh dikenakan jika anda tidak melengkapkan butiran tersebut.

Sebarang masalah boleh berhubung dengan Unit Peperiksaan dan Penilaian dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

SILA KLIK PAUTAN INI UNTUK MENGIKUTI TAKLIMAT   

SILA KLIK PAUTAN UNTUK MENGISI BUTIRAN DIRI DAN MENJAWAB SOALAN