Jumaat, 12 Jun 2020

PENTAKSIRAN ALTERNATIF MENGGANTIKAN PEPERIKSAAN JUN 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar PDPM (KDC) Ambilan November 2018 (Semester 3), peperiksaan Pentaksiran Alternatif akan dilaksanakan bagi menggantikan Peperiksaan Jun 2020 bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Pentaksiran Alternatif akan dilaksanakan bermula 18 hingga 22 Jun 2020. Surat makluman Peperiksaan Jun 2020 boleh dimuat turun di sini

Semua pelajar dikehendaki memuat turun Panduan Pentaksiran Alternatif yang disediakan dan memahami tatacara pelaksanaannya. Sila berhubung dengan pensyarah masing-masing jika terdapat sebarang masalah. 

Klik untuk muat turun Panduan Pentaksiran Alternatif. 

Jadual waktu Pentaksiran Alternatif boleh dimuat turun melalui pautan di bawah :
Jadual Peperiksaan Jun 2020


Sekian, harap maklum.