Khamis, 17 Jun 2021

PEPERIKSAAN ULANGAN/KHAS JUN 2021

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Perhatian kepada semua pelajar yang terlibat dalam peperiksaan Ulangan/ Khas Jun 2021. 
Jadual peperiksaan boleh dimuat turun melalui pautan di bawah :

** Sila klik untuk muat turun

Slip Peperiksaan boleh dimuat turun melalui sistem iTEMS pada 17 Jun 2021. 

Isnin, 14 Jun 2021

TAKLIMAT PEPERIKSAAN BAGI PELAJAR BARU (AMBILAN JUN 2021)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar (Ambilan JUN 2021) yang baru mendaftar untuk mengikuti pengajian di IPG Kampus Tuanku Bainun (IPGKTB).

Para pelajar diwajibkan untuk mengikuti taklimat secara dalam talian bagi mendapat maklumat berkenaan fungsi, pengurusan peperiksaan dan tanggungjawab pelajar sepanjang melanjutkan pengajian di IPGKTB. 

Diharapkan dengan taklimat ini akan memberikan gambaran bagaimana proses pengurusan peperiksaan dijalankan di IPGKTB.

Para pelajar juga WAJIB melengkapkan butiran dan menjawab soalan-soalan melalui pautan google form di bawah untuk rekod kehadiran daripada pukul 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi pada 15 Jun 2021

Tindakan disiplin boleh dikenakan jika anda tidak melengkapkan butiran tersebut.

Sebarang permasalah boleh dimaklumkan kepada Pihak Unit Peperiksaan dari semasa ke semasa.

Sekian, Terima kasih.

SILA KLIK PAUTAN INI UNTUK MENGIKUTI TAKLIMAT   

SILA KLIK PAUTAN UNTUK MENGISI BUTIRAN DIRI DAN MENJAWAB SOALAN

Sabtu, 5 Jun 2021

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MEI 2021 (PISMP)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada semua pelajar bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) Semester 2, Semester 4 dan Semester 6, anda boleh menyemak keputusan Peperiksaan Mei 2021 mengikut ketetapan berikut:

                        Tarikh : 15 Jun 2021
                        Hari : Selasa
                        Masa : 8.00 pagi


Bagi keputusan program akhir iaitu Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) ambilan Jun 2020, keputusan peperiksaan akan diumumkan selepas Mesyuarat Senat bersidang.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi pihak Unit Peperiksaan dan Penilaian. 


Harap maklum.

PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN OKTOBER 2021 (PISMP)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada semua pelajar bagi program-program sepenuh masa mod Perdana untuk Peperiksaan Oktober 2021, anda boleh membuat pendaftaran kursus untuk semester ini melalui sistem i-TEMS mengikut ketetapan berikut:

                    PISMP : 13 Jun 2021 - 19 Jun 2021

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi pihak Unit Peperiksaan dan Penilaian

Sekian, harap maklum.

PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN SEPTEMBER 2021 (PDPP/PDPM/PITO) AMBILAN JUN 2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada semua pelajar bagi program-program sepenuh masa mod Kursus Dalam Cuti (KDC) untuk Peperiksaan September 2021, anda boleh membuat pendaftaran kursus untuk semester ini melalui sistem i-TEMS mengikut ketetapan berikut:

             PDPP/PDPM/PITO Ambilan Jun 2021 : 01 Jun 2021 - 12 Jun 2021

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi pihak Unit Peperiksaan dan Penilaian.


Sekian, harap maklum.

Rabu, 2 Jun 2021

BAHAN TAKLIMAT PEPERIKSAAN PELAJAR BARU PDPP/PDPM (KDC) AMB. JUN 2021

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar PDPP DAN PDPM Ambilan JUN 2021 yang baru mendaftar untuk mengikuti pengajian di IPG Kampus Tuanku Bainun (IPGKTB).

Para pelajar diwajibkan untuk mengikuti taklimat Peperiksaan secara dalam talian (FB Live) bagi mendapat maklumat berkenaan fungsi, pengurusan peperiksaan dan tanggungjawab pelajar sepanjang melanjutkan pengajian di IPGKTB. 

Diharapkan dengan taklimat ini akan memberikan gambaran dan maklumat bagaimana proses pengurusan peperiksaan dijalankan di IPGKTB.

Sebelum mengikuti taklimat secara terperinci Sila  Muat turun Slide Power Point (Pdf) melalui pautan di bawah untuk rujukan tuan puan semasa SESI TAKLIMAT SECARA FB LIVE PADA 5 JUN 2021 (11.00 pagi).

Sekian, Terima kasih.


SILA KLIK PAUTAN UNTUK MUAT TURUN SLIDE TAKLIMAT