Khamis, 18 April 2024

PEPERIKSAAN MEI 2024 PDP/PDPP (KDC)

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Perhatian kepada semua pelajar PDP KDC Semester 5 Ambilan Oktober 2022 dan PDPP KDC Semester 2 Ambilan Oktober 2023.

Peperiksaan Mei 2024 (KDC) akan diadakan pada 20- 23 Mei 2024.

Muat turun bahan-bahan peperiksaan di bawah:

1. Jadual Peperiksaan Mei 2024 (KDC)

2. Surat Kebenaran Menghadiri Peperiksaan

Taklimat Peperiksaan Mei 2024 akan dilaksanakan secara online melalui sistem iTEMS bermula pada 6 - 20 Mei 2024. Semua pelajar perlu mengikuti taklimat tersebut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Kegagalan mengikuti taklimat peperiksaan akan menyebabkan slip menduduki peperiksaan tidak dapat dimuat turun.

Slip menduduki peperiksaan boleh dimuat turun melalui sistem iTEMS. Pastikan slip menduduki peperiksaan dibawa setiap kali peperiksaan dijalankan.

Sekian, harap maklum.

Rabu, 27 Mac 2024

PEPERIKSAAN MEI 2024 (PPISMP/PISMP)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar PPISMP& PISMP.

Peperiksaan Mei 2024 akan ditadbir secara bersemuka bermula pada 06 Mei 2024 hingga 15 Mei 2024.

Muat turun Jadual Peperiksaan Mei 2024 di bawah:

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN MEI 2024

Taklimat Peperiksaan Mei 2024 akan dilaksanakan secara online melalui sistem iTEMS bermula pada 15 April hingga 05 Mei 2024. Semua pelajar perlu mengikuti taklimat tersebut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.


Kegagalan mengikuti taklimat peperiksaan akan menyebabkan slip menduduki peperiksaan tidak dapat dimuat turun.

Khamis, 8 Februari 2024

PEPERIKSAAN ULANGAN/KHAS FEBRUARI 2024 (KDC)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada  pelajar PD (KDC) yang terlibat. 

Peperiksaan Ulangan/Khas Februari 2024 akan dijalankan bermula pada 16 Februari 2024 sehingga 18 Februari 2024.

Muat turun Jadual Peperiksaan Ulangan/Khas Februari 2024 di bawah:

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN ULANGAN/KHAS FEBRUARI 2024 (KDC)



Selasa, 30 Januari 2024

PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN MEI 2024 (KDC)

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Makluman kepada semua pelajar bagi Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dan Program Diploma Perguruan (PDP) , anda boleh membuat pendaftaran kursus untuk Peperiksaan Mei 2024 (Sepenuh Masa/PJJ dan KDC) mengikut ketetapan berikut:

1. PDPP / PDPP KDC / PDP KDC  : 28 Januari 2024 - 04 Februari 2024

Mohon rujuk Penyelaras Program bagi senarai kursus semester yang ditawarkan dan anda juga diminta untuk memuat turun Slip Pendaftaran Kursus sebaik sahaja selesai membuat pendaftaran kursus secara dalam talian.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian (KUPP).


Sekian, harap maklum. 

Jumaat, 5 Januari 2024

PEPERIKSAAN ULANGAN/KHAS JANUARI 2024

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada  pelajar PPISMP/PISMP yang terlibat. 

Peperiksaan Ulangan/Khas Januari 2024 akan dijalankan bermula pada 9 Januari 2024 sehingga 11 Januari 2024.

Muat turun Jadual Peperiksaan Ulangan/Khas Januari 2024 di bawah:

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN ULANGAN/KHAS JANUARI 2024