Selasa, 30 Januari 2024

PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN MEI 2024 (KDC)

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Makluman kepada semua pelajar bagi Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dan Program Diploma Perguruan (PDP) , anda boleh membuat pendaftaran kursus untuk Peperiksaan Mei 2024 (Sepenuh Masa/PJJ dan KDC) mengikut ketetapan berikut:

1. PDPP / PDPP KDC / PDP KDC  : 28 Januari 2024 - 04 Februari 2024

Mohon rujuk Penyelaras Program bagi senarai kursus semester yang ditawarkan dan anda juga diminta untuk memuat turun Slip Pendaftaran Kursus sebaik sahaja selesai membuat pendaftaran kursus secara dalam talian.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian (KUPP).


Sekian, harap maklum. 

Jumaat, 5 Januari 2024

PEPERIKSAAN ULANGAN/KHAS JANUARI 2024

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada  pelajar PPISMP/PISMP yang terlibat. 

Peperiksaan Ulangan/Khas Januari 2024 akan dijalankan bermula pada 9 Januari 2024 sehingga 11 Januari 2024.

Muat turun Jadual Peperiksaan Ulangan/Khas Januari 2024 di bawah:

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN ULANGAN/KHAS JANUARI 2024