Jumaat, 4 Februari 2022

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DISEMBER 2021 DAN JANUARI 2022 PROGRAM PENUH MASA DAN KURSUS DALAM CUTI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Keputusan peperiksaan bagi Peperiksaan Disember 2021 dan Januari 2022 Program Penuh Masa dan Kursus Dalam Cuti (KDC) boleh disemak mengikut tarikh berikut:

Tarikh : 06 Februari 2022 (Ahad)
Masa : 7.00 pagi

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi Unit Peperiksaan dan Penilaian.

Sekian, harap maklum.

PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN MEI 2022 (KDC) DAN PEPERIKSAAN JUN 2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada semua pelajar bagi PISMP, PPISMP, PDPP (KDC) dan PDPM (KDC) anda boleh membuat pendaftaran kursus untuk Peperiksaan Mei 2022 (KDC) dan Peperiksaan Jun 2022 bermula pada 30 JANUARI 2022 sehingga 6 FEBRUARI 2022.

Mohon rujuk Penyelaras Program bagi senarai kursus semester yang ditawarkan dan anda juga diminta untuk memuat turun Slip Pendaftaran Kursus sebaik sahaja selesai membuat pendaftaran kursus secara dalam talian.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi Unit Peperiksaan dan Penilaian.

Harap maklum