Isnin, 29 Mei 2023

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MEI 2023 PROGRAM PENUH MASA DAN KURSUS DALAM CUTI (PPISMP/PISMP/PDPP/PDPP KDC/PDP KDC)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Makluman kepada semua pelajar bagi:

A) Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) ambilan Jun 2022

B) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan Jun 2022, Jun 2021 dan Jun 2020

C) Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) ambilan Oktober 2022

D) Program Diploma Perguruan (PDP) ambilan Oktober 2021 dan Oktober 2022


Anda boleh menyemak keputusan Peperiksaan Mei 2023 mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 30 Mei 2023
Masa : 8.00 pagi


Bagi Program Semester Akhir iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan Jun 2019 dan Program Diploma Perguruan (PDP) ambilan Jun 2021, keputusan peperiksaan akan diumumkan selepas mendapat pengesahan Mesyuarat Senat Institut-Institut Pendidikan Guru ke-66 pada bulan Jun 2023.

Khamis, 18 Mei 2023

PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN JULAI 2023 (PPISMP/PISMP)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Makluman kepada semua pelajar bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), anda boleh membuat pendaftaran kursus untuk Peperiksaan Julai 2023 mengikut ketetapan berikut:

                                      PPISMP / PISMP : 21 MEI 2023 - 28 MEI 2023

Mohon rujuk Penyelaras Program bagi senarai kursus semester yang ditawarkan dan anda juga diminta untuk memuat turun Slip Pendaftaran Kursus sebaik sahaja selesai membuat pendaftaran kursus secara dalam talian.