Selasa, 16 Mac 2021

TAKLIMAT PEPERIKSAAN MAC / MAC (KDC) 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semua calon wajib memuat turun bahan-bahan Taklimat Peperiksaan yang telah disediakan dan memahami tatacara pelaksanaannya. Sila berhubung dengan pensyarah masing-masing jika terdapat sebarang masalah. 

Muat turun bahan-bahan Taklimat Peperiksaan Mac 2021 di bawah:


Anda dikekehendaki mengisi soal selidik melalui Google Form selepas mengikuti taklimat peperiksaan. Tarikh akhir untuk mengisi soal selidik ini adalah pada 19 Mac 2021.


Sekian, harap maklum.

Rabu, 10 Mac 2021

PEPERIKSAAN MAC / PEPERIKSAAN MAC (KDC) 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar PDPP (KDC) Semester 2 (Tahfiz) dan PDPP Semester 1 (Bahasa Cina) Peperiksaan Mac 2021 akan ditadbir secara Take-Home Examination (THE) menerusi pelantar Google Classroom pada 22 - 29 Mac 2021.

Muat turun Surat Makluman dan Jadual Peperiksaan Mac 2021 di bawah:


*Slip menduduki peperiksaan boleh dimuat turun melalui sistem iTEMS.

Sekian, harap maklum.

SEMAKAN TRANSKRIP DIPLOMA BAGI PROGRAM PDPP DAN PDPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar bagi program-program berikut:

1. PDPM (KDC) Ambilan November 2018 - PAKK
2. PDPP Ambilan Jun 2019 - Bahasa Cina

Anda perlu menyemak butiran pada transkrip dan sahkan melalui sistem iTEMS sebelum 12 MAC 2021 (JUMAAT) dan jika ada sebarang pembetulan sila hubungi pihak Unit Peperiksaan IPGKTB untuk tindakan selanjutnya.

Klik untuk muat turun Tatacara Menyemak Butiran Transkrip Akhir Melalui Sistem iTEMS.

Sekian, harap maklum.

Selasa, 9 Mac 2021

SURAT PENGESAHAN TAMAT PENGAJIAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar yang telah menamatkan pengajian bagi program-program berikut:

1. PDPM (KDC) Ambilan November 2018 - PAKK
2. PDPP Ambilan Jun 2019 - Bahasa Cina

Anda perlu muat turun dan mencetak Surat Pengesahan Tamat Pengajian secara atas talian melalui sistem iTEMS. Surat tersebut perlu disimpan bagi keperluan pengesahan dalam perkhidmatan setelah anda ditempatkan di sekolah kelak. 

Sekian, harap maklum.