Jumaat, 3 Jun 2022

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MEI 2022 (KDC)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada semua pelajar Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) ambilan Jun 2021/Oktober 2021 mod Kursus Dalam Cuti bagi Peperiksaan Mei 2022, anda boleh menyemak keputusan peperiksaan mengikut ketetapan seperti berikut:

                        Tarikh : 05 Jun 2022
                        Hari : Ahad
                        Masa : 8.00 pagi

Bagi keputusan peperiksaan program semester akhir iaitu Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) KDC ambilan Jun 2021, keputusan peperiksaan akan diumumkan selepas Mesyuarat Senat Institut-Institut Pendidikan Guru kali ke-61 bersidang pada bulan Julai 2022.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi Unit Peperiksaan dan Penilaian.

Sekian, harap maklum.