Rabu, 27 Disember 2023

PEPERIKSAAN JANUARI 2024 (KDC)

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Perhatian kepada semua pelajar PDP KDC Semester 4 Ambilan Oktober 2022 dan PDPP KDC  Semester 1 Ambilan Oktober 2023.

Peperiksaan Januari 2024 (KDC) akan diadakan pada 11- 13 Januari 2024.

Muat turun bahan-bahan peperiksaan di bawah:

1. Jadual Peperiksaan Januari 2024 (KDC)

2. Surat Kebenaran Menghadiri Peperiksaan

Taklimat Peperiksaan Januari 2024 akan dilaksanakan secara online melalui sistem iTEMS bermula pada 2 - 11 Januari 2024. Semua pelajar perlu mengikuti taklimat tersebut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Kegagalan mengikuti taklimat peperiksaan akan menyebabkan slip menduduki peperiksaan tidak dapat dimuat turun.

 Slip menduduki peperiksaan boleh dimuat turun melalui sistem iTEMS. Pastikan slip menduduki peperiksaan dibawa setiap kali peperiksaan dijalankan.

Sekian, harap maklum.