Selasa, 30 Ogos 2022

TAKLIMAT PEPERIKSAAN SEPTEMBER 2022 (KDC)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar PDP Semester 3 Ambilan Oktober 2021 dan PDP Semester 4 Ambilan Jun 2021, Peperiksaan September 2022 (KDC) akan diadakan pada 10 - 11 September 2022.

Semua calon dikehendaki memuat turun semua bahan berkaitan peperiksaan yang telah disediakan. Sila berhubung dengan pensyarah masing-masing jika terdapat sebarang masalah. 

Muat turun bahan-bahan Peperiksaan September di bawah:

Taklimat Peperiksaan September akan dilaksanakan secara online melalui sistem iTEMS pada 1 - 7 September  2022. Semua pelajar perlu mengikuti taklimat tersebut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Kegagalan mengikuti taklimat peperiksaan akan menyebabkan slip menduduki peperiksaan tidak dapat dimuat turun.

Slip menduduki peperiksaan boleh dimuat turun melalui sistem iTEMS. Pastikan slip menduduki peperiksaan dibawa setiap kali peperiksaan dijalankan.


Sekian, harap maklum.