Jumaat, 27 Januari 2023

PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN MEI 2023 (PDPP/PDP)

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Makluman kepada semua pelajar bagi Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dan Program Diploma Perguruan (PDP) , anda boleh membuat pendaftaran kursus untuk Peperiksaan Mei 2023 (Sepenuh Masa/PJJ dan KDC) mengikut ketetapan berikut:

1. PDPP / PDPP KDC / PDP KDC  : 29 Januari 2023 - 05 Februari 2023

Mohon rujuk Penyelaras Program bagi senarai kursus semester yang ditawarkan dan anda juga diminta untuk memuat turun Slip Pendaftaran Kursus sebaik sahaja selesai membuat pendaftaran kursus secara dalam talian.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian (KUPP).

Sekian, harap maklum. 

Isnin, 9 Januari 2023

PEPERIKSAAN ULANGAN/KHAS JANUARI 2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada  pelajar PPISMP/PISMP yang terlibat. 

Peperiksaan Ulangan/Khas Januari 2023 akan ditadbir secara bersemuka bermula pada 16 Januari 2023 sehingga 19 Januari 2023.


Muat turun Jadual Peperiksaan Ulangan/Khas Januari 2023 di bawah:

Khamis, 5 Januari 2023

TAKLIMAT PEPERIKSAAN JANUARI 2023 (KDC)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar PDP dan PDPP, Peperiksaan Januari 2023 (KDC) akan diadakan pada 13 - 15 Januari 2023.

Taklimat Peperiksaan September akan dilaksanakan secara online melalui sistem iTEMS pada 5 - 12 Januari 2023. Semua pelajar perlu mengikuti taklimat tersebut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Kegagalan mengikuti taklimat peperiksaan akan menyebabkan slip menduduki peperiksaan tidak dapat dimuat turun.


Slip menduduki peperiksaan boleh dimuat turun melalui sistem iTEMS. Pastikan slip menduduki peperiksaan dicetak dan dibawa setiap kali peperiksaan dijalankan.