Khamis, 8 Februari 2024

PEPERIKSAAN ULANGAN/KHAS FEBRUARI 2024 (KDC)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada  pelajar PD (KDC) yang terlibat. 

Peperiksaan Ulangan/Khas Februari 2024 akan dijalankan bermula pada 16 Februari 2024 sehingga 18 Februari 2024.

Muat turun Jadual Peperiksaan Ulangan/Khas Februari 2024 di bawah:

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN ULANGAN/KHAS FEBRUARI 2024 (KDC)



Selasa, 30 Januari 2024

PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN MEI 2024 (KDC)

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Makluman kepada semua pelajar bagi Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dan Program Diploma Perguruan (PDP) , anda boleh membuat pendaftaran kursus untuk Peperiksaan Mei 2024 (Sepenuh Masa/PJJ dan KDC) mengikut ketetapan berikut:

1. PDPP / PDPP KDC / PDP KDC  : 28 Januari 2024 - 04 Februari 2024

Mohon rujuk Penyelaras Program bagi senarai kursus semester yang ditawarkan dan anda juga diminta untuk memuat turun Slip Pendaftaran Kursus sebaik sahaja selesai membuat pendaftaran kursus secara dalam talian.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian (KUPP).


Sekian, harap maklum. 

Jumaat, 5 Januari 2024

PEPERIKSAAN ULANGAN/KHAS JANUARI 2024

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada  pelajar PPISMP/PISMP yang terlibat. 

Peperiksaan Ulangan/Khas Januari 2024 akan dijalankan bermula pada 9 Januari 2024 sehingga 11 Januari 2024.

Muat turun Jadual Peperiksaan Ulangan/Khas Januari 2024 di bawah:

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN ULANGAN/KHAS JANUARI 2024

Rabu, 27 Disember 2023

PEPERIKSAAN JANUARI 2024 (KDC)

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Perhatian kepada semua pelajar PDP KDC Semester 4 Ambilan Oktober 2022 dan PDPP KDC  Semester 1 Ambilan Jun 2023.

Peperiksaan Januari 2024 (KDC) akan diadakan pada 11- 13 Januari 2024.

Muat turun bahan-bahan peperiksaan di bawah:

1. Jadual Peperiksaan Januari 2024 (KDC)

2. Surat Kebenaran Menghadiri Peperiksaan

Taklimat Peperiksaan Januari 2024 akan dilaksanakan secara online melalui sistem iTEMS bermula pada 2 - 11 Januari 2024. Semua pelajar perlu mengikuti taklimat tersebut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Kegagalan mengikuti taklimat peperiksaan akan menyebabkan slip menduduki peperiksaan tidak dapat dimuat turun.

 Slip menduduki peperiksaan boleh dimuat turun melalui sistem iTEMS. Pastikan slip menduduki peperiksaan dibawa setiap kali peperiksaan dijalankan.

Sekian, harap maklum.

Selasa, 17 Oktober 2023

PEPERIKSAAN DISEMBER 2023 PENUH MASA (PPISMP & PISMP)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar PPISMP& PISMP.

Peperiksaan Disember 2023 akan ditadbir secara bersemuka pada 04 Disember 2023 sehingga 14 Disember  2023.

Muat turun Jadual Peperiksaan Disember 2023 di bawah:

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN DISEMBER 2023

Taklimat Peperiksaan Disember 2023 akan dilaksanakan secara online melalui sistem iTEMS pada15 November hingga 4 Disember 2023. Semua pelajar perlu mengikuti taklimat tersebut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.


Kegagalan mengikuti taklimat peperiksaan akan menyebabkan slip menduduki peperiksaan tidak dapat dimuat turun.

Ahad, 1 Oktober 2023

PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN JANUARI 2024 (PDPP/PDP)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada semua pelajar bagi Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dan Program Diploma Perguruan (PDP), anda boleh membuat pendaftaran kursus untuk Peperiksaan Januari 2024 (Sepenuh Masa/PJJ dan KDC) mengikut ketetapan berikut:

1. PDPP / PDPP KDC / PDP KDC / PITO : 01 Oktober 2023 - 08 Oktober 2023

Mohon rujuk Penyelaras Program bagi senarai kursus semester yang ditawarkan dan anda juga diminta untuk memuat turun Slip Pendaftaran Kursus sebaik sahaja selesai membuat pendaftaran kursus secara dalam talian.


Selasa, 12 September 2023

PEPERIKSAAN SEPTEMBER 2023 (PDP KDC)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar PDP (KDC). 

Peperiksaan September 2023 akan ditadbir secara bersemuka bermula pada 23 September 2023 sehingga 24 September 2023.

Para pelajar dikehendaki menghadiri taklimat peperiksaan secara atas talian dalam sistem iTEMS dan mencetak slip peperiksaan setelah selesai menghadiri taklimat tersebut.

Muat turun Jadual Peperiksaan September 2023 di bawah:

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SEPTEMBER 2023 (KDC)

Muat turun Surat Kebenaran Bagi Menghadiri Peperiksaan September 2023 :

SURAT KEBENARAN MENGHADIRI PEPERIKSAAN SEPTEMBER 2023 (KDC)

Khamis, 3 Ogos 2023

PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN DISEMBER 2023 (PPISMP/PISMP)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Makluman kepada semua pelajar bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), anda boleh membuat pendaftaran kursus untuk Peperiksaan Disember 2023 mengikut ketetapan berikut:

PISMP : 7 Ogos 2023 - 11 Ogos 2023
PPISMP : 14 Ogos 2023 - 27 Ogos 2023

Mohon rujuk Penyelaras Program bagi senarai kursus semester yang ditawarkan dan anda juga diminta untuk memuat turun Slip Pendaftaran Kursus sebaik sahaja selesai membuat pendaftaran kursus secara dalam talian.