Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Makluman kepada semua pelajar bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), anda
boleh membuat pendaftaran kursus untuk Peperiksaan Julai 2025 (Sesi Pengajian
Jun-Julai 2025) mengikut ketetapan berikut:
1. PPISMP / PISMP : 01 Jun 2025 – 08 Jun 2025
Mohon rujuk Penyelaras Program bagi senarai kursus semester yang ditawarkan dan
anda juga diminta untuk memuat turun Slip Pendaftaran Kursus sebaik sahaja
selesai membuat pendaftaran kursus secara dalam talian.
Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi Ketua Unit Peperiksaan dan
Penilaian (KUPP) IPG kampus masing-masing.
Sekian, harap maklum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan