Khamis, 27 Oktober 2022

PEPERIKSAAN NOVEMBER 2022

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar PPISMP dan PISMP. 

Peperiksaan November 2022 akan ditadbir secara bersemuka bermula pada 28 November 2022 sehingga 09 Disember 2022



Muat turun Jadual Peperiksaan November 2022 di bawah:

Isnin, 3 Oktober 2022

PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN JANUARI 2023 PDP/PDPP (KDC)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada semua pelajar bagi Program Diploma Perguruan (PDP) ambilan Jun 2021 dan Oktober 2021, Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) ambilan Oktober 2022 dan Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) ambilan Jun 2021, anda boleh membuat pendaftaran kursus untuk Peperiksaan Januari 2023 mengikut ketetapan berikut:

1. PDP KDC / PDPP KDC / PDPP / PITO : 02 Oktober 2022 - 07 Oktober 2022

Mohon rujuk Penyelaras Program bagi senarai kursus semester yang ditawarkan dan anda juga diminta untuk memuat turun Slip Pendaftaran Kursus sebaik sahaja selesai membuat pendaftaran kursus secara dalam talian.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi Unit Peperiksaan dan Penilaian IPGKTB.