Ahad, 29 Ogos 2021

TAKLIMAT PEPERIKSAAN SEPTEMBER 2021 (KDC) SECARA ATAS TALIAN (iTEMS)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar PDPP Semester 1 Ambilan Jun 2021 dan PDPM Semester 1 Ambilan Jun 2021, Peperiksaan September 2021 akan ditadbir secara Open Book Test (OBT) menerusi pelantar Google Classroom pada 6 - 11 September 2021.

Semua calon dikehendaki memuat turun semua bahan berkaitan peperiksaan yang telah disediakan dan memahami tatacara pelaksanaannya. Sila berhubung dengan pensyarah masing-masing jika terdapat sebarang masalah. 

Muat turun bahan-bahan Peperiksaan September di bawah:

Slip menduduki peperiksaan boleh dimuat turun melalui sistem iTEMS.

Taklimat Peperiksaan September akan dilaksanakan secara online melalui sistem iTEMS pada 1 - 3 September  2021.
Semua pelajar perlu mengikuti taklimat tersebut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. 

Kegagalan pelajar mengikuti taklimat akan menyebabkan keputusan peperiksaan disekat.

Muat turun manual taklimat peperiksaan secara online (pelajar)

Sekian, harap maklum.

Jumaat, 27 Ogos 2021

PENGUMUMAN PEPERIKSAAN SEPTEMBER 2021 (KDC)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar PDPP Semester 1 Ambilan Jun 2021 dan PDPM Semester 1 Ambilan Jun 2021. Peperiksaan September 2021 (KDC) akan ditadbir menerusi pelantar Google Classroom pada 6 September 2021 sehingga 11 September 2021.


Muat turun Surat Makluman dan Jadual Peperiksaan September 2021 di bawah:


*Slip menduduki peperiksaan boleh dimuat turun melalui sistem iTEMS.

Sekian, harap maklum.

Rabu, 18 Ogos 2021

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ULANGAN/KHAS (2) JULAI 2021 (PISMP)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi Peperiksaan Ulangan/Khas (2) Julai 2021, anda boleh menyemak keputusan peperiksaan mengikut ketetapan seperti berikut:

                    Tarikh : 17 Ogos 2021
                    Hari : Selasa
                    Masa : 8.00 pagi

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi pihak Unit Peperiksaan dan Penilaian.

Sekian, harap maklum.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN JULAI 2021 (PDPP/PITO)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada semua pelajar Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Ambilan Oktober 2020 bagi Peperiksaan  Julai 2021, anda boleh menyemak keputusan peperiksaan mengikut ketetapan seperti berikut:

                    Tarikh : 17 Ogos 2021
                    Hari : Selasa
                    Masa : 8.00 pagi

Bagi keputusan Peperiksaan Julai (KDC) program akhir iaitu Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) ambilan Jun 2020 dan Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) ambilan Jun 2020, keputusan peperiksaan akan diumumkan selepas Mesyuarat Senat kali ke-57 bersidang. Anda boleh menyemak keputusan peperiksaan mengikut ketetapan berikut:

                Tarikh : 09 September 2021
                Hari : Khamis
                Masa : 3.00 petang

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi pihak Unit Peperiksaan dan Penilaian.

Sekian, harap maklum.

Rabu, 11 Ogos 2021

PENDAFTARAN KURSUS PEPERIKSAAN NOVEMBER 2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada semua pelajar bagi Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Ambilan Oktober 2020, anda boleh membuat pendaftaran kursus untuk Peperiksaan November 2021 mengikut ketetapan berikut:

                           PDPP : 08 Ogos 2021 - 14 Ogos 2021

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi Unit Peperiksaan dan Penilaian.

Sekian, harap maklum.