Rabu, 18 Ogos 2021

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN JULAI 2021 (PDPP/PITO)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada semua pelajar Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Ambilan Oktober 2020 bagi Peperiksaan  Julai 2021, anda boleh menyemak keputusan peperiksaan mengikut ketetapan seperti berikut:

                    Tarikh : 17 Ogos 2021
                    Hari : Selasa
                    Masa : 8.00 pagi

Bagi keputusan Peperiksaan Julai (KDC) program akhir iaitu Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) ambilan Jun 2020 dan Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) ambilan Jun 2020, keputusan peperiksaan akan diumumkan selepas Mesyuarat Senat kali ke-57 bersidang. Anda boleh menyemak keputusan peperiksaan mengikut ketetapan berikut:

                Tarikh : 09 September 2021
                Hari : Khamis
                Masa : 3.00 petang

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi pihak Unit Peperiksaan dan Penilaian.

Sekian, harap maklum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan