Ahad, 14 April 2019

PERUBAHAN TEMPAT MAJLIS ANUGERAH AKADEMIK 2019

Makluman kepada semua penerima anugerah, Majlis Anugerah Akademik 2019 diadakan di Dewan Tun Hamdan berikutan penggunaan Dewan Aminuddin Baki bagi Program Transformasi Minda untuk guru-guru Perak, Kedah dan Perlis.

Sehubungan itu, taklimat dan raptai majlis anugerah ini juga akan diadakan di Dewan Tun Hamdan. Tarikh dan masa tidak berubah.

Sekian, harap maklum..

Jumaat, 12 April 2019

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN MEI 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar PPISMP dan PISMP.

Anda boleh muat turun jadual waktu peperiksaan Mei 2019 melalui pautan di bawah :


PPISMP Ambilan Jun 2018 (sem. 2)
PISMP Ambilan Jun 2018 (sem. 2)
PISMP Ambilan Jun 2016 (sem. 6) 
PISMP Ambilan Jun 2015 (sem. 8). 

Khamis, 4 April 2019

MAJLIS ANUGERAH AKADEMIK PPISMP DAN PISMP 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahniah diucapkan kepada penerima anugerah akademik semester 1 dan 2 tahun 2018. 

Majlis Anugerah Akademik akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh    : 15 April 2019
Masa       : 2.00 Petang
Tempat   : Dewan Aminuddin Baki (DAB)
Taklimat : 10.30 pagi (Dewan Aminuddin Baki)

Penerima anugerah Wajib untuk menghadiri taklimat tersebut bagi melancarkan perjalanan majlis.

Sila semak senarai nama, nombor kad pengenalan dan major pengkhususan di papan kenyataan UPP bermula 4 dan 5 April 2019 dan memaklumkan terus kepada pihak UPP jika terdapat kesilapan pada butiran tersebut pada tarikh yang sama. 

Harap maklum.