Selasa, 19 Julai 2022

SEMAKAN TRANSKRIP BAGI PROGRAM PISMP, PPISMP DAN PDPP(KDC)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar bagi program-program berikut:

1. PISMP Ambilan Jun 2018

2. PPISMP Ambilan Jun 2021

3. PDPP (KDC) Ambilan Jun 2021

Anda perlu menyemak butiran pada transkrip dan sahkan melalui sistem iTEMS sebelum 22 JULAI 2022 (JUMAAT) dan jika ada sebarang pembetulan sila hubungi pihak Unit Peperiksaan IPGKTB untuk tindakan selanjutnya.

Klik untuk muat turun Tatacara Menyemak Butiran Transkrip Akhir Melalui Sistem iTEMS.

Sekian, harap maklum.

SURAT PENGESAHAN TAMAT PENGAJIAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar yang telah menamatkan pengajian bagi program-program berikut:

1. PISMP Ambilan Jun 2018
2. PPISMP Ambilan Jun 2021
3. PDPP (KDC) Ambilan Jun 2021

Anda perlu muat turun dan mencetak Surat Pengesahan Tamat Pengajian secara atas talian melalui sistem iTEMS. Surat tersebut perlu disimpan bagi keperluan pengesahan dalam perkhidmatan setelah anda ditempatkan di sekolah kelak. 

Sekian, harap maklum.

Jumaat, 1 Julai 2022

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN JUN 2022 DAN PEPERIKSAAN ULANGAN/KHAS JUN 2022 (KDC)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ambilan Jun 2021/Jun 2020/Jun 2019 mod Penuh Masa dan PDP (KDC) ambilan Jun 2021/Oktober 2021 Kursus Dalam Cuti, anda boleh menyemak keputusan peperiksaan mengikut ketetapan seperti berikut:

                                                Tarikh : 03 Julai 2022
                                                 Hari : Ahad
                                                Masa : 8.00 pagi

Bagi keputusan peperiksaan program semester akhir iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan Jun 2018/Jun 2017 dan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) ambilan Jun 2021, keputusan peperiksaan akan diumumkan selepas Mesyuarat Senat Institut-Institut Pendidikan Guru ke-61 bersidang pada bulan Julai 2022.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian (KUPP) IPG kampus masing-masing.

Sekian, harap maklum.