Jumaat, 1 Julai 2022

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN JUN 2022 DAN PEPERIKSAAN ULANGAN/KHAS JUN 2022 (KDC)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ambilan Jun 2021/Jun 2020/Jun 2019 mod Penuh Masa dan PDP (KDC) ambilan Jun 2021/Oktober 2021 Kursus Dalam Cuti, anda boleh menyemak keputusan peperiksaan mengikut ketetapan seperti berikut:

                                                Tarikh : 03 Julai 2022
                                                 Hari : Ahad
                                                Masa : 8.00 pagi

Bagi keputusan peperiksaan program semester akhir iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan Jun 2018/Jun 2017 dan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) ambilan Jun 2021, keputusan peperiksaan akan diumumkan selepas Mesyuarat Senat Institut-Institut Pendidikan Guru ke-61 bersidang pada bulan Julai 2022.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian (KUPP) IPG kampus masing-masing.

Sekian, harap maklum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan