Selasa, 22 November 2022

TAKLIMAT PEPERIKSAAN NOVEMBER 2022 SECARA ATAS TALIAN (iTEMS)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar PPISMP dan PISMP.

Perhatian kepada semua pelajar, Taklimat Peperiksaan akan dilaksanakan secara online melalui sistem iTEMS pada 22-25 November 2022. Semua pelajar wajib mengikuti taklimat tersebut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. 

Slip menduduki peperiksaan boleh dimuat turun melalui sistem iTEMS. Pastikan slip tersebut dibawa setiap kali peperiksaan dijalankan.

Kegagalan mengikuti taklimat peperiksaan akan menyebabkan slip menduduki peperiksaan tidak dapat dimuat turun.

Sekian, harap maklum.

Selasa, 1 November 2022

PERTUKARAN PUSAT PEPERIKSAAN BAGI PEPERIKSAAN JANUARI 2023 (KDC)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Januari 2023 (KDC) bagi Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dan Program Diploma Perguruan (PDP) akan dijalankan pada 13 hingga 15 Januari 2023.

Pelajar dibenarkan membuat pertukaran pusat peperiksaan atas sebab-sebab yang berikut sahaja:

  1. Pelajar dari negeri Sabah dan Sarawak yang mengikuti pengajian di IPG kampus negeri Semenanjung.
  2. Pelajar dari negeri Semenanjung yang mengikuti pengajian di IPG kampus negeri Sabah dan Sarawak.
  3. Masalah kesihatan (Surat Laporan Kesihatan daripada Pegawai Kesihatan hendaklah disertakan).
Pelajar perlu muat turun dan melengkapkan Borang Permohonan Pertukaran Pusat Peperiksaan serta menghantar kepada Pengarah IPG kampus untuk pengesahan sebelum atau pada 7 November 2022. Borang permohonan yang lewat terima selepas tarikh tersebut tidak akan diproses. 



Sekian, terima kasih.