Selasa, 1 November 2022

PERTUKARAN PUSAT PEPERIKSAAN BAGI PEPERIKSAAN JANUARI 2023 (KDC)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Januari 2023 (KDC) bagi Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dan Program Diploma Perguruan (PDP) akan dijalankan pada 13 hingga 15 Januari 2023.

Pelajar dibenarkan membuat pertukaran pusat peperiksaan atas sebab-sebab yang berikut sahaja:

  1. Pelajar dari negeri Sabah dan Sarawak yang mengikuti pengajian di IPG kampus negeri Semenanjung.
  2. Pelajar dari negeri Semenanjung yang mengikuti pengajian di IPG kampus negeri Sabah dan Sarawak.
  3. Masalah kesihatan (Surat Laporan Kesihatan daripada Pegawai Kesihatan hendaklah disertakan).
Pelajar perlu muat turun dan melengkapkan Borang Permohonan Pertukaran Pusat Peperiksaan serta menghantar kepada Pengarah IPG kampus untuk pengesahan sebelum atau pada 7 November 2022. Borang permohonan yang lewat terima selepas tarikh tersebut tidak akan diproses. 



Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan