Jumaat, 29 Oktober 2021

PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN DISEMBER 2021 - PISMP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada semua pelajar bagi PISMP anda boleh membuat pendaftaran kursus untuk Peperiksaan Disember 2021 seperti ketetapan berikut :

                                    PISMP   : 31 Oktober - 7 November 2021

Mohon rujuk Penyelaras Program bagi senarai kursus semester yang ditawarkan dan anda juga diminta untuk memuat turun Slip Pendaftaran Kursus sebaik sahaja selesai membuat pendaftaran kursus secara dalam talian.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi Unit Peperiksaan dan Penilaian.

Harap maklum

Rabu, 13 Oktober 2021

PEPERIKSAAN ULANGAN/KHAS OKTOBER 2021 (KDC)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Perhatian kepada semua pelajar yang terlibat dalam peperiksaan Ulangan/ Khas Oktober 2021 (KDC). 
Jadual peperiksaan boleh dimuat turun melalui pautan di bawah :

** Sila klik untuk muat turun

Slip Peperiksaan boleh dimuat turun melalui sistem iTEMS pada 14 Oktober 2021. 

Isnin, 11 Oktober 2021

PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN JANUARI 2022 (KDC) - PDPM (KDC) AMBILAN OKTOBER 2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada semua pelajar bagi Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM), anda boleh membuat pendaftaran kursus untuk Peperiksaan Januari 2022 (KDC).  

Mohon rujuk Penyelaras Program bagi senarai kursus semester yang ditawarkan dan anda juga diminta untuk memuat turun Slip Pendaftaran Kursus sebaik sahaja selesai membuat pendaftaran kursus secara dalam talian.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi Unit Peperiksaan dan Penilaian.

Harap maklum

Khamis, 7 Oktober 2021

TAKLIMAT PEPERIKSAAN PELAJAR BAHARU PDPM (PAKK) AMBILAN OKTOBER 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar PDPM Ambilan Oktober 2021 yang baru mendaftar untuk mengikuti pengajian di IPG Kampus Tuanku Bainun (IPGKTB)

Para pelajar diwajibkan untuk mengikuti taklimat secara dalam talian bagi mendapat maklumat berkenaan fungsi, pengurusan peperiksaan dan tanggungjawab pelajar sepanjang melanjutkan pengajian di IPGKTB. 

Diharapkan dengan taklimat ini akan memberikan gambaran bagaimana proses pengurusan peperiksaan dijalankan di IPGKTB.

Para pelajar juga WAJIB melengkapkan butiran dan menjawab soalan-soalan melalui pautan google form di bawah untuk rekod kehadiran daripada pukul 2.00 ptg sehingga 3.00 ptg pada 7 Oktober 2021.

Tindakan disiplin boleh dikenakan jika anda tidak melengkapkan butiran tersebut.

Sebarang masalah boleh berhubung dengan Unit Peperiksaan dan Penilaian dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

SILA KLIK PAUTAN INI UNTUK MENGIKUTI TAKLIMAT   

SILA KLIK PAUTAN UNTUK MENGISI BUTIRAN DIRI DAN MENJAWAB SOALAN

Jumaat, 1 Oktober 2021

TAKLIMAT PEPERIKSAAN OKTOBER 2021 SECARA ATAS TALIAN (iTEMS)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar PISMP, Peperiksaan Oktober 2021 akan ditadbir secara Open Book Test (OBT) menerusi pelantar Google Classroom pada 11 - 22 Oktober 2021. Sehubungan itu, Taklimat Peperiksaan Oktober akan dilaksanakan secara online melalui sistem iTEMS pada 4 - 7 Oktober  2021.
Semua pelajar wajib mengikuti taklimat tersebut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. 

Kegagalan pelajar mengikuti taklimat akan menyebabkan keputusan peperiksaan disekat.

Muat turun manual Taklimat Peperiksaan Secara Online (pelajar)

Semua calon dikehendaki memuat turun semua bahan berkaitan peperiksaan yang telah disediakan dan memahami tatacara pelaksanaannya. Sila berhubung dengan pensyarah masing-masing jika terdapat sebarang masalah. 

Muat turun bahan-bahan Peperiksaan Oktober di bawah:

Sekian, harap maklum.

PENGUMUMAN PEPERIKSAAN OKTOBER 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar PISMP Semester 1 Ambilan Jun 2021 dan PISMP Semester 3 Ambilan Jun 2020. Peperiksaan Oktober 2021 akan ditadbir menerusi pelantar Google Classroom pada 11 Oktober 2021 sehingga 22 Oktober 2021.


Muat turun Surat Makluman dan Jadual Peperiksaan September 2021 di bawah:


*Slip menduduki peperiksaan boleh dimuat turun melalui sistem iTEMS bermula pada 6 Oktober 2021.

Sekian, harap maklum.