Khamis, 7 Oktober 2021

TAKLIMAT PEPERIKSAAN PELAJAR BAHARU PDPM (PAKK) AMBILAN OKTOBER 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar PDPM Ambilan Oktober 2021 yang baru mendaftar untuk mengikuti pengajian di IPG Kampus Tuanku Bainun (IPGKTB)

Para pelajar diwajibkan untuk mengikuti taklimat secara dalam talian bagi mendapat maklumat berkenaan fungsi, pengurusan peperiksaan dan tanggungjawab pelajar sepanjang melanjutkan pengajian di IPGKTB. 

Diharapkan dengan taklimat ini akan memberikan gambaran bagaimana proses pengurusan peperiksaan dijalankan di IPGKTB.

Para pelajar juga WAJIB melengkapkan butiran dan menjawab soalan-soalan melalui pautan google form di bawah untuk rekod kehadiran daripada pukul 2.00 ptg sehingga 3.00 ptg pada 7 Oktober 2021.

Tindakan disiplin boleh dikenakan jika anda tidak melengkapkan butiran tersebut.

Sebarang masalah boleh berhubung dengan Unit Peperiksaan dan Penilaian dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

SILA KLIK PAUTAN INI UNTUK MENGIKUTI TAKLIMAT   

SILA KLIK PAUTAN UNTUK MENGISI BUTIRAN DIRI DAN MENJAWAB SOALAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan