Khamis, 30 September 2021

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEPTEMBER 2021 (PDPP/PDPM) KDC AMBILAN JUN 2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada semua pelajar bagi Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dan Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) Mod Kursus Dalam Cuti ambilan Jun 2021, anda boleh menyemak keputusan Peperiksaan September 2021 mengikut ketetapan berikut:

                        Tarikh     : 03 Oktober 2021
                        Hari        : Ahad
                        Masa       : 9.00 pagi

Adalah dimaklumkan juga bagi pelajar yang tidak menjelaskan yuran pengajian (termasuk pembiayaan KWSP dan ansuran peribadi), Unit Peperiksaan dan Penilaian akan menahan slip keputusan peperiksaan sehingga yuran pengajian semester dijelaskan.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi pihak Unit Peperiksaan dan Penilaian.

Harap maklum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan