Ahad, 1 Jun 2025

PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN SEPTEMBER 2025 (PDPP/PDPP KDC)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Makluman kepada semua pelajar bagi Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dan Program Diploma Perguruan (PDP), anda boleh membuat pendaftaran kursus untuk Peperiksaan September 2025 (Sesi Pengajian: Jun 2025- September 2025) mengikut ketetapan berikut:

1. PDPP / PDPP KDC / PDP KDC : 08 Jun 2025 – 15 Jun 2025

Mohon rujuk Penyelaras Program bagi senarai kursus semester yang ditawarkan dan anda juga diminta untuk memuat turun Slip Pendaftaran Kursus sebaik sahaja selesai membuat pendaftaran kursus secara dalam talian.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian (KUPP) IPG kampus masing-masing.

Sekian, harap maklum

PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN JULAI 2025 (PPISMP/PISMP)

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Makluman kepada semua pelajar bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), anda boleh membuat pendaftaran kursus untuk Peperiksaan Julai 2025 (Sesi Pengajian Jun-Julai 2025) mengikut ketetapan berikut:

1. PPISMP / PISMP : 01 Jun 2025 – 08 Jun 2025

Mohon rujuk Penyelaras Program bagi senarai kursus semester yang ditawarkan dan anda juga diminta untuk memuat turun Slip Pendaftaran Kursus sebaik sahaja selesai membuat pendaftaran kursus secara dalam talian.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian (KUPP) IPG kampus masing-masing.

Sekian, harap maklum.