Rabu, 2 Julai 2014

MAKLUMAN PENTING UNTUK SEMUA PELAJAR IPGKTB

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Ada TIGA perkara penting yang perlu diberi perhatian dan difahami oleh semua pelajar.

1) Perubahan Mata Gred untuk Gred A - Mulai Peperiksaan Januari 2014, mata gred untuk gred A telah ditukar kepada 3.84. 

2) Purata Mata Gred Terkumpul (PMGT) bagi peperiksaan Mei 2014 sebilangan pelajar mungkin akan berubah disebabkan pertukaran mata gred ini. Anda boleh menyemak semula PMGT yang dikemaskini nanti (tunggu pengumuman dalam blog ini)

3) Semua pelajar DIWAJIBKAN memuat turun dan membaca Buku Panduan dan Syarat Penganugerahan Sijil/ Diploma/ Ijazah daripada blog ini (Klik menu Muat Turun). Sila cetak Borang Pengakuan Pelajar (muka surat 37 pada cetakan buku ATAU muka surat 45 pada fail .pdf) dan lengkapkan semua butiran. Borang yang telah lengkap mesti dihantar ke Unit Peperiksaan melalui Ketua Kumpulan (KK sila kumpulkan mengikut kumpulan masing-masing) selewat-lewatnya pada 18 Julai 2014 **.
Maklumat saksi sila berjumpa dengan tutor peribadi anda.
 ** Pelajar-pelajar PPG Ambilan Jun 2011 dan Ambilan Mac 2014 mesti hantar pada 9 Ogos 2014 (KK hantar ke Unit LDP)
 ** Pelajar-pelajar PPG Ambilan Feb. 2012, Ambilan Mac 2013 dan Ambilan Oktober 2013 mesti hantar pada 16 Ogos 2014 (KK hantar ke Unit LDP)
** Pelajar-pelajar KDC mesti hantar pada minggu pertama interaksi November 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan