Rabu, 14 November 2012

PERHATIAN KEPADA PELAJAR PISMP AMB. JAN. 2009 (kemaskini 20 Nov. 2012))

Assalamualaikum & selamat sejahtera
1. Pelajar yang sebelum ini pernah memohon semakan Jumlah Mata Gred Terkumpul (JMGT) dan Purata Mata Gred Terkumpul (PMGT) boleh mengambil transkrip baru (Sem.1 - Sem.7 sahaja) di pejabat Unit Peperiksaan (rujuk waktu urusan kaunter) mulai hari Jumaat, 16 November 2012. Sila telefon ke pejabat Unit Peperiksaan sehari sebelum anda mengambil transkrip.

2. Pelajar-pelajar yang belum menyerahkan salinan kad pengenalan ke pejabat Unit Peperiksaan, sila berbuat demikian sebelum 30 November 2012. Salinan kad pengenalan ini akan dijadikan rujukan untuk cetakan Ijazah anda nanti. Unit Peperiksaan tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kesilapan ejaan nama pada Ijazah sekiranya anda gagal berbuat demikian.
** Salinan KP ini boleh di-fakskan ke no. 04-521 4955. Sila catatkan u.p: Unit Peperiksaan IPGKTB pada bahagian bawah salinan

3. Keputusan peperiksaan Semester 8 Insya-Allah akan diumumkan pada minggu pertama bulan Disember 2012.

**Sila war-warkan pengumuman ini kepada rakan-rakan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan