Jumaat, 14 Jun 2019


SURAT PENGESAHAN TAMAT PENGAJIAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar yang telah menamatkan pengajian dan akan bergraduat (Konvokesyen) pada tahun 2019 bagi program:

1. PDPLI-PPC Ambilan Jun 2017
2. PISMP Ambilan Jun 2015

Anda perlu mencetak surat pengesahan tamat pengajian secara atas talian melalui sistem iTEMS. Surat tamat pengajian perlu disimpan bagi keperluan pengesahan dalam perkhidmatan setelah anda ditempatkan di sekolah kelak. 

Sekian, terima kasih.

Ahad, 14 April 2019

PERUBAHAN TEMPAT MAJLIS ANUGERAH AKADEMIK 2019

Makluman kepada semua penerima anugerah, Majlis Anugerah Akademik 2019 diadakan di Dewan Tun Hamdan berikutan penggunaan Dewan Aminuddin Baki bagi Program Transformasi Minda untuk guru-guru Perak, Kedah dan Perlis.

Sehubungan itu, taklimat dan raptai majlis anugerah ini juga akan diadakan di Dewan Tun Hamdan. Tarikh dan masa tidak berubah.

Sekian, harap maklum..

Selasa, 19 Jun 2018

PENDAFTARAN KURSUS BAGI SEMESTER 2/2018

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Para pelajar PDPLI Ambilan Jun 2017, PISMP Ambilan Jun 2015 dan PISMP Ambilan Jun 2016 boleh mula mendaftar kursus bagi semester ke 2/2018 (dalam sistem iTEMS) mulai Selasa, 19 Jun 2018 hingga 6 Julai 2018. Sila daftar kursus anda dalam tempoh yang ditetapkan supaya anda tidak disekat daripada menduduki peperiksaan pada semester depan.

Bagi pelajar PPISMP Ambilan Jun 2017 (yang akan mendaftar semula sebagai PISMP Ambilan Jun 2018), pendaftaran kursus anda akan dibuka mulai 27 Jun 2018.

Sekiranya kursus yang anda akan ikuti tidak tersenarai, sila hubungi UPP mulai 26 Jun 2018.
Terima kasih.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MEI 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semua pelajar boleh menyemak keputusan Peperiksaan Mei 2018 melalui sistem iTEMS berdasarkan ketetapan seperti berikut:

1) PISMP Ambilan Jun 2016 (Sem 4), PISMP Ambilan Jun 2015 (Sem 6) dan PDPLI Ambilan Jun 2017 (Sem 2) - keputusan akan diumumkan pada hari Jumaat, 22 Jun 2018

2) PISMP Ambilan Jun 2014 (Sem 8) dan PPISMP Ambilan Jun 2017 (Sem 2) - keputusan akan diumumkan pada hari Jumaat, 29 Jun 2018

Sekian, untuk makluman.

Isnin, 26 Februari 2018

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ULANGAN/ KHAS JANUARI 2018

Assalamualaikum & salam sejahtera
Pelajar-pelajar yang menduduki Peperiksaan/Pentaksiran Ulangan/Khas Januari 2018 boleh membuat semakan keputusan melalui sistem iTEMS mulai jam 5.00 ptg, Isnin 26 Februari 2018.


Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian
IPG Kampus Tuanku Bainun.

Khamis, 2 November 2017

SLIP KELAYAKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN NOVEMBER 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semua pelajar program penuh masa dan PPG boleh menyemak, muat turun dan mencetak slip kelayakan menduduki peperiksaan November 2017 melalui sistem iTEMS mulai jam 4.00ptg hari ini, (Khamis) 2 November 2017.
Harap maklum.


Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian
IPG Kampus Tuanku Bainun.

Khamis, 20 Julai 2017

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN JUN 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Keputusan peperiksaan/ pentaksiran Jun 2017 boleh disemak melalui sistem iTEMS mulai 21 Julai 2017 bagi calon-calon berikut
1. Peperiksaan KDC Jun 2017
2. Peperiksaan Ulangan/ Khas Jun 2017

Harap maklum.

Isnin, 12 Jun 2017

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MEI 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Para pelajar boleh membuat semakan keputusan Peperiksaan Mei 2017 seperti ketetapan berikut:

1. PISMP Ambilan Jun 2016
2. PISMP Ambilan Jun 2015
3. PISMP Ambilan Jun 2014
4. PISMP Ambilan Januari 2014
5. PPG Ambilan Oktober 2013
>>> Keputusan akan diumumkan pada 13 Jun 2016 (Selasa) mulai jam 2.00 ptg

6. PISMP Ambilan Jun 2013 (GSTT)
>>> Keputusan akan diumumkan pada 16 Jun 2016 (Jumaat) jam 8.00 pagi - tertakluk kepada Mesyuarat Senat IPGM