Rabu, 28 Oktober 2015

SLIP MENDUDUKI PEPERIKSAAN NOVEMBER 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Para pelajar PPISMP, PISMP dan PPG yang akan menduduki peperiksaan November 2015 boleh mencetak Slip Kelayakan Menduduki Peperiksaan mulai jam 4:00 petang hari ini, 28 Oktober 2015 melalui sistem iTEMS.
Pelajar-pelajar PPISMP dinasihatkan membaca panduan terlebih dahulu sebelum mencetak slip.
Sekian.

KLIK - untuk masuk sistem iTEMS

KLIK - untuk muat turun panduan

RALAT (30/10/2015 - 5:00PM)
Semua calon peperiksaan program PPG sudah boleh muat turun slip kelayakan menduduki peperiksaan melalui iTEMS.

Khamis, 22 Oktober 2015

JADUAL PEPERIKSAAN OKTOBER / NOVEMBER 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perhatian kepada semua pelajar PPISMP, PISMP dan PPG. 

Anda boleh merujuk jadual Peperiksaan Oktober & November 2015 seperti dibawah:

KLIK UNTUK MUAT TURUN JADUAL

Isnin, 19 Oktober 2015

TARIKH PEPERIKSAAN SEMESTER - NOVEMBER 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Berikut adalah tarikh-tarikh Peperiksaan November 2015
1. Program PISMP Ambilan Jun 2015 (Sem. 1) - 26 Okt. hingga 19 Nov. 2015
2. Program PISMP selain Amb Jun 2015 (Sem. 3, 4, 5 dan 6) - 2 Nov. hingga 19 Nov. 2015
3. Program Pra-PISMP Amb Jun 2015 (Sem. 1) - 2 Nov. hingga 16 Nov. 2015
4. Program PPG (Semua ambilan) - 3 Nov. hingga 16 Nov. 2015

Jadual peperiksaan akan diumumkan dalam masa terdekat. Para pelajar PISMP Amb Jun 2015 (Sem. 1) boleh muat turun slip menduduki peperiksaan melalui iTEMS mulai Khamis, 22 Oktober 2015.
Sekian terima kasih.

Isnin, 7 September 2015

SLIP KELAYAKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN SEPTEMBER 2015 (PISMP SEM. 8 )

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Para pelajar PISMP Ambilan Januari 2012 (Sem. 8) yang akan menduduki peperiksaan September 2015 boleh muat turun slip kelayakan menduduki peperiksaan mulai Selasa, 8 September 2015.
Terima kasih.

KLIK UTK MASUK SISTEM iTEMS

Selasa, 1 September 2015

JADUAL PEPERIKSAAN SEPTEMBER 2015 (PISMP SEM. 8 sahaja)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Para pelajar PISMP Ambilan Januari 2012 yang akan menduduki Peperiksaan September 2015 boleh muat turun dan cetak jadual peperiksaan.


Klik untuk muat turun jadual

Khamis, 20 Ogos 2015

RALAT KEPUTUSAN MTE3153 (PPG AMB JUN 2011)

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terdapat sedikit masalah teknikal dalam pengumuman keputusan peperiksaan bagi kursus MTE3153. Pihak UPP memohon maaf atas masalah ini. Tindakan sedang diambil. Calon yang terlibat boleh semak semula keputusan peperiksaan anda mulai jam 12:00am, Jumaat 21 Ogos 2015.
Terima kasih.

Rabu, 19 Ogos 2015

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MEI 2015 (PPG AMB JUN 2011) DAN ULANGAN JULAI 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Para pelajar program PPG Ambilan Jun 2011 dan calon-calon Peperiksaan Khas/Ulangan Julai 2015 boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui iTEMS mulai jam 12.00 a.m, 20 Ogos 2015 (Khamis).

IPGKTB mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar PPG Ambilan Jun 2011 yang telah lulus dan tamat pengajian. Anda boleh muat turun surat tamat pengajian mulai 21 Ogos 2015 melalui iTEMS.
Sekian.

Klik iTEMS

Isnin, 6 Julai 2015

SIJIL ANUGERAH AKADEMIK SESI 1/2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
UPP telah menganjurkan Majlis Anugerah Akademik Sesi 1/2015 pada 10 Mac 2015 yang lalu. Pihak UPP mendapati masih ramai penerima anugerah yang belum mengambil sijil tersebut.
Sila tuntut sijil anda di kaunter UPP sebelum hari Selasa 14 Julai 2015. Sekiranya anda gagal berbuat demikian, pihak UPP tidak akan bertanggungjawab keatas sijil tersebut.
Harap maklum.