Khamis, 11 Oktober 2012

SLIP MENDUDUKI UAK - PROGRAM PPG

Sistem slip menduduki UAK bagi program PPG Ambilan Jun 2011 dan Februari 2012 boleh dimuat turun mulai petang ini, 11 Okt. 2012 selepas jam 5.00 petang.
** Slip tak perlu cop Unit Peperiksaan

KLIK SINI untuk muat turun sistem slip.

Rabu, 10 Oktober 2012

PERHATIAN KEPADA PELAJAR PPG - UJIAN AKHIR KURSUS

Ujian Akhir Kursus (UAK) untuk pelajar-pelajar PPG akan ditadbirkan seperti ketetapan berikut;

1. PPG Ambilan Jun 2011 (Sem. 3) - Sabtu, 13 Oktober 2012 (2.00 ptg - 4.00 ptg)
2. PPG Ambilan Feb. 2012 (Sem. 2) - Sabtu, 13 Oktober 2012 (8.00 pg - 12.00 tgh)

Para pelajar dikehendaki membawa kad pengenalan, kad matrik (Sem. 3 sahaja) dan slip menduduki peperiksaan.
Slip menduduki peperiksaan boleh dimuat turun daripada blog ini mulai hari Jumaat, 12 Oktober 2012.
Sila rujuk blog ini dari semasa ke semasa untuk maklumat terkini.
Terima kasih.

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ULANGAN JULAI DAN OGOS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Para pelajar yang terlibat dengan peperiksaan ulangan Julai 2012 dan Ogos 2012 boleh menyemak keputusan melalui sistem iTEMS. Sila KLIK DI SINI.

Isnin, 13 Ogos 2012

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

BERIKUT ADALAH JADUAL PEPERIKSAAN ULANGAN OGOS 2012:


SILA KLIK DI SINI

Khamis, 2 Ogos 2012

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ULANGAN & PEPERIKSAAN KHAS JULAI 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera;
Para pelajar yang menduduki Peperiksaan Ulangan atau Peperiksaan Khas yang ditadbir pada 3 hingga 8 Julai yang lalu boleh menyemak keputusan peperiksaan anda selepas jam 8.00 pagi Jumaat, 3 Ogos 2012.

SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN.

Rabu, 4 Julai 2012

MASALAH BERKAITAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MEI 2012

Assalamualaikum & selamat sejahtera.
Mulai 4 Julai 2012 sebarang aduan berkaitan keputusan atas talian Peperiksaan Mei 2012 hanya akan diambil tindakan oleh Unit Peperiksaan selepas 13 Julai 2012. Buat masa ini Unit Peperiksaan akan memberi tumpuan terhadap persiapan Majlis Konvokesyen Julai 2012 bagi program-program KPLI dan KDPM. Walau bagaimanapun para pelajar masih boleh membuat aduan di pejabat Unit Peperiksaan dalam tempoh yang berkenaan. 
Harap maklum.

Selasa, 3 Julai 2012

RALAT KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DPLI DAN PISMP AMBILAN JAN. 2010

Terdapat sedikit kesilapan teknikal dalam keputusan peperiksaan program DPLI dan PISMP Ambilan Januari 2010. Para pelajar boleh mencetak semula transkrip keputusan Peperiksaan Mei 2012 pada 4 Julai 2012 untuk keputusan peperiksaan yang telah dikemaskini. Pihak UPPP memohon maaf atas kesilapan yang berlaku.