Isnin, 16 Februari 2026

PEPERIKSAAN FEBRUARI 2026 (PDPP)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Perhatian kepada semua pelajar PDPP Semester 1 Ambilan November 2025.

Peperiksaan Februari 2026 akan dijalankan bermula pada 23 Februari 2026 - 25 Februari 2026.

Muat turun Jadual Peperiksaan Februari 2026 di bawah:

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN FEBRUARI 2026

Taklimat Peperiksaan Februari 2026 akan dilaksanakan secara online melalui sistem iTEMS bermula pada 16  Februari hingga 20 Februari 2026 Semua pelajar perlu mengikuti taklimat tersebut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Kegagalan mengikuti taklimat peperiksaan akan menyebabkan slip menduduki peperiksaan tidak dapat dimuat turun. 

Jumaat, 2 Januari 2026

PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN MEI 2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada semua pelajar bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), anda boleh membuat pendaftaran kursus untuk Peperiksaan Mei 2026 (Sesi Pengajian Jan - Mei 2026) mengikut ketetapan berikut: 

1. PPISMP / PISMP : 5 Januari 2026 - 12 Januari 2026

Mohon rujuk Penyelaras Program bagi senarai kursus semester yang ditawarkan dan anda juga diminta untuk memuat turun Slip Pendaftaran Kursus sebaik sahaja selesai membuat pendaftaran kursus secara dalam talian.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian (KUPP) IPG kampus masing-masing.

 Sekian, harap maklum.