Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Makluman kepada semua pelajar bagi Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dan Program Diploma Perguruan (PDP), anda boleh membuat pendaftaran kursus untuk Peperiksaan Mei 2025 (Sesi Pengajian: Februari 2025- Mei 2025) mengikut ketetapan berikut:
1. PDPP / PDPP KDC / PDP KDC : 26 Januari 2025 – 02 Februari 2025
Mohon rujuk Penyelaras Program bagi senarai kursus semester yang ditawarkan dan anda juga diminta untuk memuat turun Slip Pendaftaran Kursus sebaik sahaja selesai membuat pendaftaran kursus secara dalam talian.
Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian (KUPP) IPG kampus masing-masing.
Rabu, 15 Januari 2025
PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN MEI (PDPP/PDPP KDC)
Khamis, 9 Januari 2025
PEPERIKSAAN ULANGAN/KHAS JANUARI 2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Perhatian kepada pelajar PISMP yang terlibat.
Peperiksaan Ulangan/Khas Januari 2025 akan dijalankan pada 20-22 Januari 2025.
Muat turun Jadual Peperiksaan Ulangan/Khas Januari 2025 di bawah:
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN ULANGAN/KHAS JANUARI 2025
Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung terus di Unit Peperiksaan dan Penilaian IPG Kampus Tuanku Bainun.
PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN MEI 2025 (PPISMP/PISMP)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Makluman kepada semua pelajar bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), anda boleh membuat pendaftaran kursus untuk Peperiksaan Mei 2025 (Sesi Pengajian Januari-Mei 2025) mengikut ketetapan berikut:
1. PPISMP / PISMP : 05 Januari 2025 – 12 Januari 2025
Mohon rujuk Penyelaras Program bagi senarai kursus semester yang ditawarkan dan anda juga diminta untuk memuat turun Slip Pendaftaran Kursus sebaik sahaja selesai membuat pendaftaran kursus secara dalam talian.
Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian (KUPP) IPG Kampus Tuanku Bainun.
Sekian, harap maklum.