Isnin, 5 Ogos 2024

PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN DISEMBER 2024 (SEPENUH MASA)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada semua pelajar bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), anda boleh membuat pendaftaran kursus untuk Peperiksaan Disember 2024 mengikut ketetapan berikut:

PPISMP / PISMP :11 Ogos 2024 – 16 Ogos 2024

Mohon rujuk Penyelaras Program bagi senarai kursus semester yang ditawarkan dan anda juga diminta untuk memuat turun Slip Pendaftaran Kursus sebaik sahaja selesai membuat pendaftaran kursus secara dalam talian.