Selasa, 30 Ogos 2022

TAKLIMAT PEPERIKSAAN SEPTEMBER 2022 (KDC)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar PDP Semester 3 Ambilan Oktober 2021 dan PDP Semester 4 Ambilan Jun 2021, Peperiksaan September 2022 (KDC) akan diadakan pada 10 - 11 September 2022.

Semua calon dikehendaki memuat turun semua bahan berkaitan peperiksaan yang telah disediakan. Sila berhubung dengan pensyarah masing-masing jika terdapat sebarang masalah. 

Muat turun bahan-bahan Peperiksaan September di bawah:

Taklimat Peperiksaan September akan dilaksanakan secara online melalui sistem iTEMS pada 1 - 7 September  2022. Semua pelajar perlu mengikuti taklimat tersebut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Kegagalan mengikuti taklimat peperiksaan akan menyebabkan slip menduduki peperiksaan tidak dapat dimuat turun.

Slip menduduki peperiksaan boleh dimuat turun melalui sistem iTEMS. Pastikan slip menduduki peperiksaan dibawa setiap kali peperiksaan dijalankan.


Sekian, harap maklum.

Selasa, 19 Julai 2022

SEMAKAN TRANSKRIP BAGI PROGRAM PISMP, PPISMP DAN PDPP(KDC)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar bagi program-program berikut:

1. PISMP Ambilan Jun 2018

2. PPISMP Ambilan Jun 2021

3. PDPP (KDC) Ambilan Jun 2021

Anda perlu menyemak butiran pada transkrip dan sahkan melalui sistem iTEMS sebelum 22 JULAI 2022 (JUMAAT) dan jika ada sebarang pembetulan sila hubungi pihak Unit Peperiksaan IPGKTB untuk tindakan selanjutnya.

Klik untuk muat turun Tatacara Menyemak Butiran Transkrip Akhir Melalui Sistem iTEMS.

Sekian, harap maklum.

SURAT PENGESAHAN TAMAT PENGAJIAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar yang telah menamatkan pengajian bagi program-program berikut:

1. PISMP Ambilan Jun 2018
2. PPISMP Ambilan Jun 2021
3. PDPP (KDC) Ambilan Jun 2021

Anda perlu muat turun dan mencetak Surat Pengesahan Tamat Pengajian secara atas talian melalui sistem iTEMS. Surat tersebut perlu disimpan bagi keperluan pengesahan dalam perkhidmatan setelah anda ditempatkan di sekolah kelak. 

Sekian, harap maklum.

Jumaat, 1 Julai 2022

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN JUN 2022 DAN PEPERIKSAAN ULANGAN/KHAS JUN 2022 (KDC)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ambilan Jun 2021/Jun 2020/Jun 2019 mod Penuh Masa dan PDP (KDC) ambilan Jun 2021/Oktober 2021 Kursus Dalam Cuti, anda boleh menyemak keputusan peperiksaan mengikut ketetapan seperti berikut:

                                                Tarikh : 03 Julai 2022
                                                 Hari : Ahad
                                                Masa : 8.00 pagi

Bagi keputusan peperiksaan program semester akhir iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan Jun 2018/Jun 2017 dan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) ambilan Jun 2021, keputusan peperiksaan akan diumumkan selepas Mesyuarat Senat Institut-Institut Pendidikan Guru ke-61 bersidang pada bulan Julai 2022.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian (KUPP) IPG kampus masing-masing.

Sekian, harap maklum.

Jumaat, 3 Jun 2022

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MEI 2022 (KDC)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada semua pelajar Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) ambilan Jun 2021/Oktober 2021 mod Kursus Dalam Cuti bagi Peperiksaan Mei 2022, anda boleh menyemak keputusan peperiksaan mengikut ketetapan seperti berikut:

                        Tarikh : 05 Jun 2022
                        Hari : Ahad
                        Masa : 8.00 pagi

Bagi keputusan peperiksaan program semester akhir iaitu Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) KDC ambilan Jun 2021, keputusan peperiksaan akan diumumkan selepas Mesyuarat Senat Institut-Institut Pendidikan Guru kali ke-61 bersidang pada bulan Julai 2022.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi Unit Peperiksaan dan Penilaian.

Sekian, harap maklum. 

Selasa, 31 Mei 2022

PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN SEPTEMBER 2022 (KDC)

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Makluman kepada semua pelajar Program Diploma Pendidikan  (PDPM) KDC Ambilan Jun 2021 dan Oktober 2021, anda boleh mendaftar kursus untuk Peperiksaan September 2022 (KDC) mengikut ketetapan berikut:

                PDPM KDC : 29 Mei 2022 - 05 Jun 2022

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi pihak Unit Peperiksaan dan Penilaian.

Isnin, 30 Mei 2022

PENGUMUMAN PEPERIKSAAN JUN 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar PPISMP Semester 2 Ambilan Jun 2021, PISMP Semester 3 Ambilan Jun 2021, PISMP Semester 5 Ambilan Jun 2020, PISMP Semester 7 Ambilan Jun 2019 dan PISMP Semester 9 Ambilan Jun 2018.  

Peperiksaan Jun 2022 akan ditadbir menerusi pelantar Google Classroom pada 7 Jun 2022 sehingga 17 Jun 2022.



Muat turun Jadual Peperiksaan Jun 2022 di bawah:




*Slip menduduki peperiksaan boleh dimuat turun melalui sistem iTEMS bermula pada 2 Jun 2022.
Sekian, harap maklum.

Rabu, 25 Mei 2022

TAKLIMAT PEPERIKSAAN JUN 2022 SECARA ATAS TALIAN (iTEMS)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar, Taklimat Peperiksaan akan dilaksanakan secara online melalui sistem iTEMS pada 25 Mei 2022-1 Jun 2022.
Semua pelajar wajib mengikuti taklimat tersebut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. 

Kegagalan pelajar mengikuti taklimat akan menyebabkan keputusan peperiksaan disekat.

Muat turun manual Taklimat Peperiksaan Secara Online (pelajar)

Semua calon dikehendaki memuat turun semua bahan berkaitan peperiksaan yang telah disediakan dan memahami tatacara pelaksanaannya. Sila berhubung dengan pensyarah masing-masing jika terdapat sebarang masalah. 

Muat turun bahan-bahan peperiksaan di bawah:

Sekian, harap maklum.