Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Perhatian kepada semua pelajar PDP dan PDPP, Peperiksaan Januari 2023 (KDC) akan diadakan pada 13 - 15 Januari 2023.Khamis, 5 Januari 2023
TAKLIMAT PEPERIKSAAN JANUARI 2023 (KDC)
Jumaat, 30 Disember 2022
PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN MEI 2023 (PPISMP/PISMP)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Makluman kepada semua pelajar bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), anda boleh membuat pendaftaran kursus untuk Peperiksaan Mei 2023 mengikut ketetapan berikut:
PPISMP / PISMP : 02 Januari 2023 - 06 Januari 2023
Mohon rujuk Penyelaras Program bagi senarai kursus semester yang ditawarkan dan anda juga diminta untuk memuat turun Slip Pendaftaran Kursus sebaik sahaja selesai membuat pendaftaran kursus secara dalam talian.
Jumaat, 2 Disember 2022
PEPERIKSAAN JANUARI 2023 (KDC)
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Perhatian kepada semua pelajar PDPP (KDC) dan PDP (KDC).
Peperiksaan Januari 2023 akan ditadbir secara bersemuka bermula pada 13 Januari 2023 sehingga 15 Januari 2023.
Selasa, 22 November 2022
TAKLIMAT PEPERIKSAAN NOVEMBER 2022 SECARA ATAS TALIAN (iTEMS)
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Perhatian kepada semua pelajar PPISMP dan PISMP.Perhatian kepada semua pelajar, Taklimat Peperiksaan akan dilaksanakan secara online melalui sistem iTEMS pada 22-25 November 2022. Semua pelajar wajib mengikuti taklimat tersebut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Selasa, 1 November 2022
PERTUKARAN PUSAT PEPERIKSAAN BAGI PEPERIKSAAN JANUARI 2023 (KDC)
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Januari 2023 (KDC) bagi Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dan Program Diploma Perguruan (PDP) akan dijalankan pada 13 hingga 15 Januari 2023.
Pelajar dibenarkan membuat pertukaran pusat peperiksaan atas sebab-sebab yang berikut sahaja:
- Pelajar dari negeri Sabah dan Sarawak yang mengikuti pengajian di IPG kampus negeri Semenanjung.
- Pelajar dari negeri Semenanjung yang mengikuti pengajian di IPG kampus negeri Sabah dan Sarawak.
- Masalah kesihatan (Surat Laporan Kesihatan daripada Pegawai Kesihatan hendaklah disertakan).
Khamis, 27 Oktober 2022
PEPERIKSAAN NOVEMBER 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Perhatian kepada semua pelajar PPISMP dan PISMP.
Peperiksaan November 2022 akan ditadbir secara bersemuka bermula pada 28 November 2022 sehingga 09 Disember 2022
Isnin, 3 Oktober 2022
PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN JANUARI 2023 PDP/PDPP (KDC)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Makluman kepada semua pelajar bagi Program Diploma Perguruan (PDP) ambilan Jun 2021 dan Oktober 2021, Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) ambilan Oktober 2022 dan Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) ambilan Jun 2021, anda boleh membuat pendaftaran kursus untuk Peperiksaan Januari 2023 mengikut ketetapan berikut:
1. PDP KDC / PDPP KDC / PDPP / PITO : 02 Oktober 2022 - 07 Oktober 2022
Mohon rujuk Penyelaras Program bagi senarai kursus semester yang ditawarkan dan anda juga diminta untuk memuat turun Slip Pendaftaran Kursus sebaik sahaja selesai membuat pendaftaran kursus secara dalam talian.
Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi Unit Peperiksaan dan Penilaian IPGKTB.
Selasa, 30 Ogos 2022
TAKLIMAT PEPERIKSAAN SEPTEMBER 2022 (KDC)
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Perhatian kepada semua pelajar PDP Semester 3 Ambilan Oktober 2021 dan PDP Semester 4 Ambilan Jun 2021, Peperiksaan September 2022 (KDC) akan diadakan pada 10 - 11 September 2022.Semua calon dikehendaki memuat turun semua bahan berkaitan peperiksaan yang telah disediakan. Sila berhubung dengan pensyarah masing-masing jika terdapat sebarang masalah.