Khamis, 15 April 2021

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MAC / MAC (KDC) 2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada semua pelajar bagi Program PDPP/PITO/PDPP(KDC) anda boleh menyemak keputusan Peperiksaan Mac / Mac (KDC) 2021 mengikut ketetapan berikut:

                    Tarikh : 17 April 2021
                    Hari : Sabtu
                    Masa : 9.00 pagi

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi pihak Unit Peperiksaan dan Penilaian.

Harap maklum.

Jumaat, 9 April 2021

PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN JULAI 2021 / PEPERIKSAAN JULAI 2021 (KDC)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada semua pelajar bagi PDPP/PITO/PDPP(KDC) anda boleh membuat pendaftaran kursus bagi Peperiksaan Julai / Julai (KDC) 2021 melalui sistem i-TEMS mengikut ketetapan berikut:

PDPP/PITO/PDPP(KDC) : 11 April 2021 - 18 April 2021

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi pihak Unit Peperiksaan dan Penilaian.

Selasa, 16 Mac 2021

TAKLIMAT PEPERIKSAAN MAC / MAC (KDC) 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semua calon wajib memuat turun bahan-bahan Taklimat Peperiksaan yang telah disediakan dan memahami tatacara pelaksanaannya. Sila berhubung dengan pensyarah masing-masing jika terdapat sebarang masalah. 

Muat turun bahan-bahan Taklimat Peperiksaan Mac 2021 di bawah:


Anda dikekehendaki mengisi soal selidik melalui Google Form selepas mengikuti taklimat peperiksaan. Tarikh akhir untuk mengisi soal selidik ini adalah pada 19 Mac 2021.


Sekian, harap maklum.

Rabu, 10 Mac 2021

PEPERIKSAAN MAC / PEPERIKSAAN MAC (KDC) 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar PDPP (KDC) Semester 2 (Tahfiz) dan PDPP Semester 1 (Bahasa Cina) Peperiksaan Mac 2021 akan ditadbir secara Take-Home Examination (THE) menerusi pelantar Google Classroom pada 22 - 29 Mac 2021.

Muat turun Surat Makluman dan Jadual Peperiksaan Mac 2021 di bawah:


*Slip menduduki peperiksaan boleh dimuat turun melalui sistem iTEMS.

Sekian, harap maklum.

SEMAKAN TRANSKRIP DIPLOMA BAGI PROGRAM PDPP DAN PDPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar bagi program-program berikut:

1. PDPM (KDC) Ambilan November 2018 - PAKK
2. PDPP Ambilan Jun 2019 - Bahasa Cina

Anda perlu menyemak butiran pada transkrip dan sahkan melalui sistem iTEMS sebelum 12 MAC 2021 (JUMAAT) dan jika ada sebarang pembetulan sila hubungi pihak Unit Peperiksaan IPGKTB untuk tindakan selanjutnya.

Klik untuk muat turun Tatacara Menyemak Butiran Transkrip Akhir Melalui Sistem iTEMS.

Sekian, harap maklum.

Selasa, 9 Mac 2021

SURAT PENGESAHAN TAMAT PENGAJIAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar yang telah menamatkan pengajian bagi program-program berikut:

1. PDPM (KDC) Ambilan November 2018 - PAKK
2. PDPP Ambilan Jun 2019 - Bahasa Cina

Anda perlu muat turun dan mencetak Surat Pengesahan Tamat Pengajian secara atas talian melalui sistem iTEMS. Surat tersebut perlu disimpan bagi keperluan pengesahan dalam perkhidmatan setelah anda ditempatkan di sekolah kelak. 

Sekian, harap maklum.

Jumaat, 15 Januari 2021

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DISEMBER 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada semua pelajar bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP), anda boleh menyemak keputusan Peperiksaan Disember 2020 mengikut ketetapan berikut:

                        Tarikh : 18 Januari 2021
                        Hari : Isnin
                        Masa : 8.00 pagi

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi pihak Unit Peperiksaan dan Penilaian.

Sekian, harap maklum.

Isnin, 11 Januari 2021

PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN MEI 2021 (PPISMP/PISMP)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada semua pelajar bagi program-program sepenuh masa mod Perdana untuk Peperiksaan Mei 2021, anda boleh membuat pendaftaran kursus untuk semester ini melalui sistem iTEMS mengikut ketetapan berikut:

    PISMP dan PPISMP : 11 Januari 2021 - 17 Januari 2021

Kegagalan untuk mendaftar kursus mengikut tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan nama anda tidak disenaraikan dalam e-kehadiran.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi pihak Unit Peperiksaan dan Penilaian.

Sekian, harap maklum.