Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selasa, 16 Mac 2021
TAKLIMAT PEPERIKSAAN MAC / MAC (KDC) 2021
Rabu, 10 Mac 2021
PEPERIKSAAN MAC / PEPERIKSAAN MAC (KDC) 2021
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Perhatian kepada semua pelajar PDPP (KDC) Semester 2 (Tahfiz) dan PDPP Semester 1 (Bahasa Cina) Peperiksaan Mac 2021 akan ditadbir secara Take-Home Examination (THE) menerusi pelantar Google Classroom pada 22 - 29 Mac 2021.SEMAKAN TRANSKRIP DIPLOMA BAGI PROGRAM PDPP DAN PDPM
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Perhatian kepada semua pelajar bagi program-program berikut:
1. PDPM (KDC) Ambilan November 2018 - PAKK
2. PDPP Ambilan Jun 2019 - Bahasa Cina
Anda perlu menyemak butiran pada transkrip dan sahkan melalui sistem iTEMS sebelum 12 MAC 2021 (JUMAAT) dan jika ada sebarang pembetulan sila hubungi pihak Unit Peperiksaan IPGKTB untuk tindakan selanjutnya.
Klik untuk muat turun Tatacara Menyemak Butiran Transkrip Akhir Melalui Sistem iTEMS.
Sekian, harap maklum.
Selasa, 9 Mac 2021
SURAT PENGESAHAN TAMAT PENGAJIAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Perhatian kepada semua pelajar yang telah menamatkan pengajian bagi program-program berikut:1. PDPM (KDC) Ambilan November 2018 - PAKK
2. PDPP Ambilan Jun 2019 - Bahasa Cina
Anda perlu muat turun dan mencetak Surat Pengesahan Tamat Pengajian secara atas talian melalui sistem iTEMS. Surat tersebut perlu disimpan bagi keperluan pengesahan dalam perkhidmatan setelah anda ditempatkan di sekolah kelak.
Sekian, harap maklum.
Jumaat, 15 Januari 2021
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DISEMBER 2020
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Makluman kepada semua pelajar bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP), anda boleh menyemak keputusan Peperiksaan Disember 2020 mengikut ketetapan berikut:Tarikh : 18 Januari 2021
Hari : Isnin
Masa : 8.00 pagi
Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi pihak Unit Peperiksaan dan Penilaian.
Sekian, harap maklum.
Isnin, 11 Januari 2021
PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN MEI 2021 (PPISMP/PISMP)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Makluman kepada semua pelajar bagi program-program sepenuh masa mod Perdana untuk Peperiksaan Mei 2021, anda boleh membuat pendaftaran kursus untuk semester ini melalui sistem iTEMS mengikut ketetapan berikut:PISMP dan PPISMP : 11 Januari 2021 - 17 Januari 2021
Selasa, 22 Disember 2020
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN NOVEMBER 2020 (KDC)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Makluman kepada semua pelajar bagi Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP), Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) dan Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) Mod Kursus Dalam Cuti, anda boleh mula menyemak keputusan Peperiksaan November 2020 mengikut ketetapan berikut:Hari : Selasa
Masa : 9.00 pagi
Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi pihak Unit Peperiksaan dan Penilaian.
Sekian, harap maklum.
Selasa, 15 Disember 2020
PENDAFTARAN KURSUS PELAJAR BAHARU - PDPP BC(R) AMBILAN OKTOBER 2020
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Perhatian kepada semua pelajar Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Ambilan Oktober 2020 Opsyen Bahasa Cina Sekolah Rendah, anda boleh membuat pendaftaran kursus bagi Semester 1 (Peperiksaan Mac 2021) melalui Sistem iTEMS pada 16 Disember 2020 - 24 Disember 2020.
Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi pihak Unit Peperiksaan dan Penilaian.
Harap maklum.