Khamis, 2 Julai 2020

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PENTAKSIRAN AKHIR MEI & JUN 2020

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar program:


1. PPISMP AMB. JUN 2019 (SEM 2)
2. PISMP AMB. JUN 2019 (SEM 2)
3. PISMP AMB. JUN 2018 (SEM 4)
4. 
PISMP AMB. JUN 2016 (SEM 8)
5. PDPP AMB. JUN 2019 (SEM 2)
6. PDPM (KDC) AMB. NOVEMBER 2018 (SEM 3)


Anda boleh menyemak keputusan Pentaksiran Akhir Mei & Jun 2020 melalui Sistem iTEMS mulai 9 Julai 2020 (Khamis) jam 10.00 pagi.

Harap maklum.

PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN NOVEMBER 2020 (KDC)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar program PDPM KDC Ambilan November 2018 (Semester 4), anda perlu mendaftar kursus bagi Peperiksaan November 2020 (KDC) dalam sistem iTEMS mulai 30/06/2020 sehingga 05/07/2020. 

Kegagalan untuk mendaftar kursus mengikut tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan nama anda tidak disenaraikan dalam e-kehadiran.

Sekian, terima kasih.

Jumaat, 12 Jun 2020

PENTAKSIRAN ALTERNATIF MENGGANTIKAN PEPERIKSAAN JUN 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar PDPM (KDC) Ambilan November 2018 (Semester 3), peperiksaan Pentaksiran Alternatif akan dilaksanakan bagi menggantikan Peperiksaan Jun 2020 bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Pentaksiran Alternatif akan dilaksanakan bermula 18 hingga 22 Jun 2020. Surat makluman Peperiksaan Jun 2020 boleh dimuat turun di sini. 

Semua pelajar dikehendaki memuat turun Panduan Pentaksiran Alternatif yang disediakan dan memahami tatacara pelaksanaannya. Sila berhubung dengan pensyarah masing-masing jika terdapat sebarang masalah. 

Klik untuk muat turun Panduan Pentaksiran Alternatif. 

Jadual waktu Pentaksiran Alternatif boleh dimuat turun melalui pautan di bawah :
Jadual Peperiksaan Jun 2020


Sekian, harap maklum.

Selasa, 19 Mei 2020

PENTAKSIRAN ALTERNATIF MENGGANTIKAN PEPERIKSAAN MEI 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar program sepenuh masa, peperiksaan Pentaksiran Alternatif akan dilaksanakan bagi menggantikan Peperiksaan Mei 2020 bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Pentaksiran Alternatif akan dilaksanakan bermula 3 hingga 11 Jun 2020. Semua pelajar dikehendaki memuat turun Panduan Pentaksiran Alternatif yang disediakan dan memahami tatacara pelaksanaannya. Sila berhubung dengan pensyarah masing-masing jika terdapat sebarang masalah. 

Klik untuk muat turun Panduan Pentaksiran Alternatif. 

Jadual waktu Pentaksiran Alternatif boleh dimuat turun melalui pautan di bawah : 

PPISMP Semester 2
PISMP Semester 2
PISMP Semester 4
PISMP Semester 8
PDPP Semester 2


Sekian, harap maklum.

Isnin, 20 April 2020

PEPERIKSAAN APRIL 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar PDPM (KDC) Ambilan November 2018 (Sem 2).

Peperiksaan April 2020 akan diadakan pada 27-29 April 2020 bagi menggantikan Peperiksaan Mac 2020 yang ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Surat makluman Peperiksaan April boleh dimuat turun di sini.

Anda boleh muat turun jadual waktu peperiksaan melalui pautan di bawah : 
Jadual Peperiksaan April 2020


Harap maklum.

Isnin, 16 Mac 2020

TAKLIMAT PEPERIKSAAN MAC 2020 SECARA ATAS TALIAN (ITEMS)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar PDPM (KDC) Ambilan November 2018 (Sem 2).

Taklimat Peperiksaan Mac 2020 akan dilaksanakan secara online melalui sistem ITEMS pada 17-20 Mac 2020.
Semua pelajar perlu mengikuti taklimat tersebut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. 

Kegagalan pelajar mengikuti taklimat akan menyebabkan keputusan peperiksaan disekat.

Harap maklum.

Muat turun manual taklimat peperiksaan secara online (pelajar)

JADUAL WAKTU DAN SLIP PEPERIKSAAN MAC 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar PDPM (KDC) Ambilan November 2018 (Sem 2),

Anda boleh muat turun jadual waktu peperiksaan melalui pautan di bawah :
Jadual Peperiksaan Mac 2020

Anda boleh muat turun dan mencetak slip peperiksaan Mac 2020 melalui sistem iTEMS bermula 16 Mac 2020.

Harap maklum.

Selasa, 5 November 2019

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN DISEMBER 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar program PDPP (KDC) Ambilan November 2018 (Sem 2),

Anda boleh muat turun jadual waktu peperiksaan Disember 2019 melalui pautan di bawah :

PDPP (KDC) Ambilan November 2018 (Sem 2)