Jumaat, 10 Jun 2016

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MEI 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Keputusan Peperiksaan Mei 2016 akan diumumkan pada hari Ahad, 12 Jun 2016. Para pelajar boleh menyemak keputusan melalui sistem iTEMS, mulai jam 9.00 pagi.
Harap maklum.

Jumaat, 3 Jun 2016

PANDUAN SENARAI KURSUS SEMESTER 2/2016 BAGI PISMP

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Para pelajar boleh merujuk senarai berikut sebagai panduan semasa anda mendaftar kursus.
Anda dinasihatkan supaya mendaftar sebelum 10 Jun 2016

Terima kasih.

Muat turun senarai kursus

Khamis, 12 Mei 2016

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ULANGAN/KHAS MAC 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Para pelajar yang menduduki Peperiksaan Ulangan/Khas Mac 2016 boleh membuat semakan keputusan peperiksaan anda melalui sistem iTEMS.
Sekian.

Khamis, 5 Mei 2016

RALAT JADUAL PEPERIKSAAN MEI 2016 (KUMPULAN PISMP SEMESTER 7)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Mesyuarat baru sahaja tamat. Keputusan Timbalan Rektor adalah Jadual Waktu Asal Semester 7 adalah KEKAL dengan Jadual Waktu Peperiksaan Asal mengikut surat KP(IPG)8181/600/3 Jld.3(25) Bertarikh : 20 April 2016.

Khamis, 28 April 2016

TAKLIMAT PEPERIKSAAN MEI 2016 UNTUK PELAJAR IPGKTB

TAKLIMAT PEPERIKSAAN MEI 2016

Tarikh                 :-   29 APRIL 2016
Hari                    :-   Jumaat
Masa                  :-   3.00 petang
Tempat               :-   Dewan Kirkby

Semua pelajar diwajibkan hadir taklimat di atas.  Ketua Kumpulan perlu membawa senarai nama kumpulan yang mengandungi butiran nama, nombor Kad Pengenalan, opsyen, dan ambilan, serta ruang untuk tandatangan kehadiran.  Tindakan akan diambil sekiranya pelajar gagal hadir taklimat di atas tanpa kebenaran rasmi.  Di akhir taklimat, akan diadakan kuiz pendek berkenaan taklimat yang akan disampaikan.

Sekian, terima kasih.

Jumaat, 22 April 2016

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ULANGAN/KHAS MAC 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Para pelajar yang menduduki penilaian ulangan/khas Mac 2016 boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui sistem iTEMS.
Sekian.

Selasa, 8 Mac 2016

SLIP MENDUDUKI PEPERIKSAAN ULANGAN MAC 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Calon-calon yang akan menduduki Peperiksaan Ulangan Mac 2016 pada 17 Mac 2016 seperti dalam senarai berikut, boleh muat turun dan cetak slip menduduki peperiksaan melalui sistem iTEMS.

Program No. KP Angka Giliran Kertas Ulangan
PISMP SEM 6 AMB JUN 2014 (KIRKBY) 930506-08-5090 2014302340042 TSL3123
PPG SEM 8 AMB FEBRUARI 2012 840417-07-5131 2012301360091 MTE3143

Sekian untuk makluman dan tindakan.