Khamis, 7 Januari 2016

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN NOVEMBER & DISEMBER 2015 (PISMP KOLEJ KIRKBY)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Para pelajar PISMP (Kolej Kirkby) boleh menyemak keputusan Peperiksaan November 2015 (Semester 6) dan Disember 2015 (Khas) melalui iTEMS.
Harap Maklum.

Selasa, 29 Disember 2015

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN NOVEMBER DAN DISEMBER 2015 (update 30/12/2015, 11:20am)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa para pelajar boleh menyemak keputusan Peperiksaan November 2015 dan Peperiksaan Disember 2015 mulai jam 8.30 pagi, hari Khamis 31 Disember 2015.

Program-program berkaitan adalah seperti berikut:
1. Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)
2. Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) - semua ambilan kecuali PISMP (kolej Kirkby)
3. Pensiswazahan Guru (PPG) - semua ambilan
4. KDPM (KDC) KEMAS
5. KDPM (KDC) JPNIN
6. DPLI (SABK)(M) - KDC
7. PDPM (SABK)(M) - KDC

Semakan boleh dibuat melalui sistem iTEMS.

Sekian, harap maklum.

Selasa, 24 November 2015

JADUAL PEPERIKSAAN DISEMBER 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Para pelajar PISMP (Kirkby) dan program-program mod KDC yang akan menduduki Peperiksaan Disember 2015 boleh menyemak jadual peperiksaan melalui hyperlink di bawah. Program-program yang terlibat ialah:-
1. PISMP (Kirkby) Ambilan Jun 2014 (Semester 6)
2. KDPM (KDC) JPNIN Ambilan Nov. 2012 (Peringkat 4)
3. KDPM (KDC) KEMAS Ambilan Nov. 2013 (Peringkat 3)
4. PDPM (KDC) - SABK(M) Ambilan Nov. 2014 (Semester 2)
5. DPLI (KDC) - SABK(M) Ambilan Nov. 2014 (Semester 2)

Sila KLIK untuk muat turun jadual peperiksaan

Slip peperiksaan akan dimuatkan dalam sistem ITEMS. Sila rujuk pengumuman dalam blog UPP dari masa ke semasa.

Harap maklum. Terima kasih.

Selasa, 17 November 2015

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PISMP AMBILAN JANUARI 2012 - SEMESTER 8

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Para pelajar PISMP Ambilan Januari 2012 (Semester 8) boleh membuat semakan keputusan Peperiksaan September 2015 melalui sistem iTEMS mulai jam 8.30 pagi Rabu, 18 November 2015. Anda juga boleh muat turun Surat Tamat Pengajian melalui iTEMS mulai waktu yang sama.
Terima kasih.

KLIK untuk masuk sistem iTEMS.

Rabu, 28 Oktober 2015

PERUBAHAN TARIKH PEPERIKSAAN PKES3013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Perhatian kepada pelajar-pelajar PISMP Semester 1 yang mengambil kursus Elektif Teras PKES3013 Pendidikan Kesihatan Seksualiti Dan Kekeluargaan. Tarikh peperiksaan kursus ini telah diubah kepada hari Ahad, 15 November 2015 (2.00-4.30 petang). 
Sila muat turun slip peperiksaan baharu anda melalui sistem iTEMS.

SLIP MENDUDUKI PEPERIKSAAN NOVEMBER 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Para pelajar PPISMP, PISMP dan PPG yang akan menduduki peperiksaan November 2015 boleh mencetak Slip Kelayakan Menduduki Peperiksaan mulai jam 4:00 petang hari ini, 28 Oktober 2015 melalui sistem iTEMS.
Pelajar-pelajar PPISMP dinasihatkan membaca panduan terlebih dahulu sebelum mencetak slip.
Sekian.

KLIK - untuk masuk sistem iTEMS

KLIK - untuk muat turun panduan

RALAT (30/10/2015 - 5:00PM)
Semua calon peperiksaan program PPG sudah boleh muat turun slip kelayakan menduduki peperiksaan melalui iTEMS.

Khamis, 22 Oktober 2015

JADUAL PEPERIKSAAN OKTOBER / NOVEMBER 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perhatian kepada semua pelajar PPISMP, PISMP dan PPG. 

Anda boleh merujuk jadual Peperiksaan Oktober & November 2015 seperti dibawah:

KLIK UNTUK MUAT TURUN JADUAL

Isnin, 19 Oktober 2015

TARIKH PEPERIKSAAN SEMESTER - NOVEMBER 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Berikut adalah tarikh-tarikh Peperiksaan November 2015
1. Program PISMP Ambilan Jun 2015 (Sem. 1) - 26 Okt. hingga 19 Nov. 2015
2. Program PISMP selain Amb Jun 2015 (Sem. 3, 4, 5 dan 6) - 2 Nov. hingga 19 Nov. 2015
3. Program Pra-PISMP Amb Jun 2015 (Sem. 1) - 2 Nov. hingga 16 Nov. 2015
4. Program PPG (Semua ambilan) - 3 Nov. hingga 16 Nov. 2015

Jadual peperiksaan akan diumumkan dalam masa terdekat. Para pelajar PISMP Amb Jun 2015 (Sem. 1) boleh muat turun slip menduduki peperiksaan melalui iTEMS mulai Khamis, 22 Oktober 2015.
Sekian terima kasih.