Khamis, 4 Jun 2015

SLIP KELAYAKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN (DPLI SABK AMB NOV 2014)

Assalamualaikum,
Para pelajar kumpulan DPLI SABK(M) Ambilan November 2014 boleh muat turun dan cetak slip kelayakan menduduki Peperiksaan Jun 2015 melalui sistem iTEMS. Anda dinasihatkan untuk merujuk panduan berikut terlebih dahulu.

Panduan Cetak Slip Peperiksaan

Masuk ke Sistem iTEMS

Jumaat, 29 Mei 2015

SURAT MAKLUMAN PEPERIKSAAN SEMULA EDU3093 PPG SEMESTER 8

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Para pelajar PPG Semester 8 boleh muat turun dan cetak surat berkenaan untuk dipanjangkan kepada Ketua Jabatan masing-masing.
Terima kasih.

MUAT TURUN SURAT

PEPERIKSAAN SEMULA EDU3093 (kemaskini 29 Mei 2015, 5:00pm)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Adalah dimaklumkan bahawa, Peperiksaan Semula EDU3093 bagi semua pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Jun 2011 (Semester 8) akan ditadbir pada 20 Jun 2015 (Sabtu), jam 8.15-10.45 pagi.
Bagi memudahkan para pelajar, JPPS telah mendapat persetujuan Rektor IPGM untuk MELULUSKAN setiap permohonan pelajar yang ingin menduduki peperiksaan tersebut di IPG Kampus yang berdekatan dengan sekolah atau kediaman pelajar yang terlibat.
Pelajar yang berkeperluan boleh membuat permohonan dengan menulis surat rasmi kepada Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun (u.p: Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian). Sila rujuk contoh surat yang disertakan.
Permohonan hendaklah sampai ke UPP dan salinan kepada Penyelaras PPG selewat-lewatnya hari Jumaat 5 Jun 2015. Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan.
Terima kasih.

Isnin, 25 Mei 2015

KERTAS SOALAN EDU3093 "TERCEMAR" (kemaskini 26/05/2015 - 10:30pm)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Dukacitanya dimaklumkan bahawa soalan EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA dan EDU3093 TEACHER AND CURRENT CHALLENGES yang telah ditadbirkan pada 23 Mei 2015 lalu disahkan 'tercemar' di beberapa IPGK. Oleh yang demikian, peperiksaan tersebut akan ditadbir semula (di semua 27 IPGK) pada hari Sabtu, 20 Jun 2015 jam 8.15-10.45 pagi.
Harap maklum.

Sabtu, 16 Mei 2015

RALAT JADUAL PEPERIKSAAN PISMP SEM 2 - MAJOR MUZIK SAHAJA

Selamat sejahtera
Para pelajar PISMP Ambilan Jun 2014 (Semester 2) Major Muzik, sila muat turun jadual baharu berikut kerana terdapat tambahan pada jadual peperiksaan.
Para pelajar juga boleh muat turun semula slip menduduki peperiksaan (yang telah dimasukkan subjek MZU3142) daripada iTEMS. 
Terima kasih.

Muat turun jadual

Khamis, 14 Mei 2015

RALAT JADUAL PISMP AMB. JANUARI 2014 (SEM 3)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Para pelajar PISMP Semester 3, sila muat turun jadual baru berikut kerana terdapat sedikit perubahan tarikh peperiksaan.
Terima kasih.

Muat turun jadual

SLIP KELAYAKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN MEI 2015 (update 4.17pm)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Para pelajar yang akan menduduki peperiksaan Mei 2015 boleh muat turun slip kelayakan menduduki peperiksaan mulai jam 4.30 petang, 14 Mei 2015 (Khamis). Berlaku sedikit kelewatan kerana terdapat masalah teknikal.

Terima kasih

KLIK UTK MASUK SISTEM iTEMS