Rabu, 14 November 2012

PERHATIAN KEPADA PELAJAR PISMP AMB. JAN. 2009 (kemaskini 20 Nov. 2012))

Assalamualaikum & selamat sejahtera
1. Pelajar yang sebelum ini pernah memohon semakan Jumlah Mata Gred Terkumpul (JMGT) dan Purata Mata Gred Terkumpul (PMGT) boleh mengambil transkrip baru (Sem.1 - Sem.7 sahaja) di pejabat Unit Peperiksaan (rujuk waktu urusan kaunter) mulai hari Jumaat, 16 November 2012. Sila telefon ke pejabat Unit Peperiksaan sehari sebelum anda mengambil transkrip.

2. Pelajar-pelajar yang belum menyerahkan salinan kad pengenalan ke pejabat Unit Peperiksaan, sila berbuat demikian sebelum 30 November 2012. Salinan kad pengenalan ini akan dijadikan rujukan untuk cetakan Ijazah anda nanti. Unit Peperiksaan tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kesilapan ejaan nama pada Ijazah sekiranya anda gagal berbuat demikian.
** Salinan KP ini boleh di-fakskan ke no. 04-521 4955. Sila catatkan u.p: Unit Peperiksaan IPGKTB pada bahagian bawah salinan

3. Keputusan peperiksaan Semester 8 Insya-Allah akan diumumkan pada minggu pertama bulan Disember 2012.

**Sila war-warkan pengumuman ini kepada rakan-rakan anda.

Rabu, 31 Oktober 2012

PEPERIKSAAN ELEKTIF PPG SEMESTER 3

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Peperiksaan subjek-subjek elektif bagi program PPG Ambilan Jun 2011 (Semester 3) akan ditadbirkan seperti butiran berikut;

1. PJM3102 Pergerakan Asas (Jumaat, 2 Nov 2012 : jam 3.00ptg hingga 5.30ptg di Kafeteria dan Dewan Hajah Rohani)
2. RBT3117 Pengenalan Dalam Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (Jumaat, 9 Nov 2012 : jam 2.30ptg hingga 5.00ptg di Kafeteria)

Klik untuk muat-turun surat

Sabtu, 27 Oktober 2012

SLIP PEPERIKSAAN NOVEMBER 2012 (PROGRAM PPG SHJ) - update 05 Nov, 12.40pm)


SISTEM SLIP PEPERIKSAAN NOVEMBER 2012 BAGI PROGRAM PPG  BOLEH DIMUAT TURUN DAN DICETAK MULAI HARI INI. SILA SEMAK BUTIRAN PEPERIKSAAN DI DALAM SLIP. SLIP TIDAK PERLU DICOP UNIT PEPERIKSAAN.

UNTUK MENCETAK SLIP : MASUKKAN NO. KAD PENGENALAN DAN TEKAN Control+P.


SEKIAN. TERIMA KASIH.

SLIP PEPERIKSAAN NOVEMBER 2012 (PROGRAM SEPENUH MASA SAHAJA)

SISTEM SLIP PEPERIKSAAN NOVEMBER 2012 BAGI PROGRAM SEPENUH MASA BOLEH DIMUAT TURUN DAN DICETAK MULAI HARI INI. SILA SEMAK BUTIRAN PEPERIKSAAN DI DALAM SLIP. SLIP TIDAK PERLU DICOP UNIT PEPERIKSAAN.

SILA KLIK DI SINI

UNTUK MENCETAK SLIP : MASUKKAN NO. KAD PENGENALAN DAN TEKAN Control+P.

SEKIAN. TERIMA KASIH.

Khamis, 11 Oktober 2012

SLIP MENDUDUKI UAK - PROGRAM PPG

Sistem slip menduduki UAK bagi program PPG Ambilan Jun 2011 dan Februari 2012 boleh dimuat turun mulai petang ini, 11 Okt. 2012 selepas jam 5.00 petang.
** Slip tak perlu cop Unit Peperiksaan

KLIK SINI untuk muat turun sistem slip.

Rabu, 10 Oktober 2012

PERHATIAN KEPADA PELAJAR PPG - UJIAN AKHIR KURSUS

Ujian Akhir Kursus (UAK) untuk pelajar-pelajar PPG akan ditadbirkan seperti ketetapan berikut;

1. PPG Ambilan Jun 2011 (Sem. 3) - Sabtu, 13 Oktober 2012 (2.00 ptg - 4.00 ptg)
2. PPG Ambilan Feb. 2012 (Sem. 2) - Sabtu, 13 Oktober 2012 (8.00 pg - 12.00 tgh)

Para pelajar dikehendaki membawa kad pengenalan, kad matrik (Sem. 3 sahaja) dan slip menduduki peperiksaan.
Slip menduduki peperiksaan boleh dimuat turun daripada blog ini mulai hari Jumaat, 12 Oktober 2012.
Sila rujuk blog ini dari semasa ke semasa untuk maklumat terkini.
Terima kasih.

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ULANGAN JULAI DAN OGOS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Para pelajar yang terlibat dengan peperiksaan ulangan Julai 2012 dan Ogos 2012 boleh menyemak keputusan melalui sistem iTEMS. Sila KLIK DI SINI.