Selasa, 5 November 2019

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN DISEMBER 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar program PDPP (KDC) Ambilan November 2018 (Sem 2),

Anda boleh muat turun jadual waktu peperiksaan Disember 2019 melalui pautan di bawah :

PDPP (KDC) Ambilan November 2018 (Sem 2)

Selasa, 22 Oktober 2019

SLIP PEPERIKSAAN NOVEMBER 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar program sepenuh masa.

Anda boleh muat turun dan mencetak slip peperiksaan November 2019 melalui sistem iTEMS bermula pada 22 Oktober 2019.


Isnin, 7 Oktober 2019

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN NOVEMBER 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar program sepenuh masa.

Anda boleh muat turun jadual waktu peperiksaan November 2019 melalui pautan di bawah :


PPISMP Ambilan Jun 2019 (Sem 1)
PISMP Ambilan Jun 2019 (Sem 1)
PISMP Ambilan Jun 2018 (Sem 3)
PDPP Ambilan Jun 2019 (Sem 1)

Selasa, 10 September 2019

PEPERIKSAAN ULANGAN/ KHAS SEPTEMBER 2019 (KDC)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Perhatian kepada semua pelajar yang terlibat dalam peperiksaan Ulangan/ Khas September 2019. 
Jadual peperiksaan boleh dimuat turun melalui pautan di bawah :

PDPLI (KDC) AMB. NOVEMBER 2017 (SEMESTER 2)
** Sila klik untuk muat turun

Slip Peperiksaan boleh dimuat turun melalui sistem iTEMS pada 10 September 2019. 

Harap maklum

Jumaat, 28 Jun 2019

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perhatian kepada semua pelajar program :-
1. PPISMP Ambilan Jun 2018 
2. PDPLI(KDC) Ambilan Nov 2017

Anda boleh menyemak keputusan peperiksaan melalui sistem iTEMS bermula 28 Jun 2019.


Sekian, harap maklum.

PENDAFTARAN KURSUS PELAJAR PPISMP AMBILAN JUN 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perhatian kepada semua pelajar,  anda boleh mendaftar kursus bagi semester Jun - Disember 2019 secara atas talian (Sistem iTEMS) 25 JUN hingga 1 JULAI 2019. 

Sila daftar kursus dalam tempoh yang telah ditetapkan supaya anda tidak disekat daripada menyambung pengajian semester seterusnya.

Cetak dan serahkan slip pendaftaran kursus ke Unit Peperiksaan IPGKTB melalui Ketua kelas masing-masing selewat-lewatnya pada 2 JULAI 2019.

Sekiranya kursus yang anda akan ikuti tidak tersenarai, sila hubungi pihak UPP untuk tindakan lanjut.

Sekian, harap maklum.

Jumaat, 21 Jun 2019

PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN DISEMBER 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perhatian kepada semua pelajar program :-

1. PDPM(KDC) Ambilan Nov 2018 (Semester 2)
2. PDPP(KDC) Ambilan Nov 2018 (Semester 2)

Anda boleh mendaftar kursus bagi semester Jun - Disember 2019 secara atas talian (Sistem iTEMS) Mulai 3 JUN 2019 hingga 8 JULAI 2019. 

Sila daftar kursus dalam tempoh yang telah ditetapkan supaya anda tidak disekat daripada menyambung pengajian semester seterusnya.

Cetak dan serahkan slip pendaftaran kursus ke Unit Peperiksaan IPGKTB melalui Ketua kelas masing-masing selewat-lewatnya pada 9 JULAI 2019.

Sekiranya kursus yang anda akan ikuti tidak tersenarai, sila hubungi pihak UPP untuk tindakan lanjut.

Sekian, harap maklum.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN JUN 2019 (KDC)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perhatian kepada semua pelajar program :-
1. PDPM(KDC) Ambilan Nov 2018 (Semester 1)
2. PDPP(KDC) Ambilan Nov 2018 (Semester 1)

Anda boleh menyemak keputusan Peperiksaan Jun 2019 melalui sistem iTEMS bermula 21 Jun 2019.


Sekian, harap maklum.

Jumaat, 14 Jun 2019


SURAT PENGESAHAN TAMAT PENGAJIAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar yang telah menamatkan pengajian dan akan bergraduat (Konvokesyen) pada tahun 2019 bagi program:

1. PDPLI-PPC Ambilan Jun 2017
2. PISMP Ambilan Jun 2015

Anda perlu mencetak surat pengesahan tamat pengajian secara atas talian melalui sistem iTEMS. Surat tamat pengajian perlu disimpan bagi keperluan pengesahan dalam perkhidmatan setelah anda ditempatkan di sekolah kelak. 

Sekian, terima kasih.

Ahad, 14 April 2019

PERUBAHAN TEMPAT MAJLIS ANUGERAH AKADEMIK 2019

Makluman kepada semua penerima anugerah, Majlis Anugerah Akademik 2019 diadakan di Dewan Tun Hamdan berikutan penggunaan Dewan Aminuddin Baki bagi Program Transformasi Minda untuk guru-guru Perak, Kedah dan Perlis.

Sehubungan itu, taklimat dan raptai majlis anugerah ini juga akan diadakan di Dewan Tun Hamdan. Tarikh dan masa tidak berubah.

Sekian, harap maklum..