Selasa, 26 November 2013

MAKLUMAN PENTING

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
1. Semua pelajar yang telah berada pada semester 2/peringkat 2 dan ke atas (semua program pengajian termasuk KDC) diwajibkan menyemak ejaan nama penuh (pastikan sama seperti dalam kad pengenalan) dan nombor kad pengenalan anda dalam sistem iTEMS, selewat-lewatnya pada hari Sabtu, 30 November 2013. 
2. Pelajar-pelajar baharu (semester 1/ peringkat 1) tidak perlu membuat semakan.
3. Sekiranya terdapat kesilapan ejaan nama atau kad pengenalan , sila betulkan dalam maklumat/profil peribadi anda.
4. Semakan ini penting untuk memastikan maklumat anda tepat sebelum pihak IPGM membuat penambahbaikan sistem.
5. Sila hebahkan makluman ini kepada rakan-rakan anda.
Terima kasih.
Klik untuk masuk Sistem iTEMS

Sabtu, 16 November 2013

TARIKH-TARIKH PEPERIKSAAN PROGRAM-PROGRAM KDC

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 
Berikut ialah tarikh-tarikh peperiksaan bagi semua program pengajian mod KDC di IPGK Tuanku Bainun untuk makluman awal para pelajar.
1.  PGSR Ambilan November 2009 (17, 18 dan 19 Disember 2013)
2.  KDPM KDC (Guru KEMAS/JPNIN) Ambilan Nov. 2010 (16 & 19 Disember 2013)
3.  KPLI SABK (SM) Ambilan Jun 2012 (17, 18 & 19 Disember 2013)
4.  DPLI j-QAF Ambilan Disember 2012 (24, 25 & 26 Januari 2014)
5.  DPLI Interim (PSV) Ambilan Disember 2012 (24, 25 & 26 Januari 2014)
6.  DPLI SABK (SR) Ambilan Jun 2012 (24, 25 & 26 Januari 2014)
7.  KDPM KDC (Guru KEMAS/JPNIN) Ambilan Nov. 2012 (25 & 27 Mac 2014)

Jumaat, 1 November 2013

JADUAL PEPERIKSAAN KERTAS ELEKTIF TERBARU - KEMASKINI 1 NOV 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Berikut adalah Jadual Peperiksaan Kertas Elektif yang terkini. Para pelajar (sepenuh masa & PPG) diminta merujuk jadual terbaru ini.
Muat turun jadual