Rabu, 19 Disember 2012

PEMBETULAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PPG AMBILAN FEB. 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Para pelajar program PPG Ambilan Februari 2012 diminta menyemak semula keputusan peperiksaan melalui sistem iTEMS kerana terdapat beberapa ralat sistem pada keputusan yang diumumkan sebelum ini. Oleh yang demikian keputusan yang diumumkan pada 18 Disember 2012 adalah terbatal.
UPPP memohon maaf di atas masalah yang berlaku.
Sekian.

PEJABAT UNIT PEPERIKSAAN DITUTUP

Pejabat Unit Peperiksaan IPGKTB akan ditutup pada hari Isnin, 24 Disember 2012 kerana semua pegawai dan staf akan bermesyuarat di luar kawasan. Oleh yang demikian, sebarang urusan dengan UPPP hanya boleh dilakukan semula mulai 26 Disember 2012.
Sekian untuk makluman.

KATA LALUAN SISTEM iTEMS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Para pelajar diingatkan supaya lebih bertanggungjawab terhadap keselamatan kata laluan masing-masing untuk mengakses ke dalam sistem iTEMS. Sistem hanya membenarkan setiap pelajar untuk reset kata laluan sebanyak DUA kali sahaja sepanjang tempoh pengajian di IPGKTB. Pihak UPPP tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda terlupa kata laluan selepas proses reset kali kedua.

Selasa, 18 Disember 2012

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN NOVEMBER 2012 PROGRAM SEPENUH MASA DAN PPG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Keputusan Peperiksaan November 2012 bagi kumpulan-kumpulan berikut boleh disemak secara online mulai jam 12.00pm, hari Selasa 18 Disember 2012. 

1. DPLI Ambilan Disember 2011 (Semester 2) 

2. PPISMP Ambilan Jun 2012 (Semester 1)
3. PPISMP Ambilan Disember 2011 (Semester 2)

4. PISMP Ambilan Januari 2012 (Semester 2)

5. PISMP Ambilan Januari 2011 (Semester 4)
6. PISMP Ambilan Januari 2010 (Semester 6)
7. PPG Ambilan Februari 2012 (Semester 2) 
8. PPG Ambilan Jun 2011 (Semester 3) 

Terdapat beberapa kod kursus tidak dipaparkan nama mata pelajaran kerana masalah teknikal pada sistem. Masalah ini akan cuba diatasi secepat mungkin. UPPP mohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
Bagi pelajar-pelajar baharu sila rujuk panduan sebelum anda menyemak keputusan.

SEMAK KEPUTUSAN 
PANDUAN iTEMS 

Rabu, 5 Disember 2012

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN NOVEMBER 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Keputusan Peperiksaan November 2012 bagi kumpulan-kumpulan berikut boleh disemak secara online selepas pukul 5.00 petang, 5 Disember 2012. 
1. PISMP Ambilan Januari 2009 (Semester 8)
2. PPISMP Ambilan Jun 2011 (Semester 3)
3. PPISMP-TESL Ambilan Jun 2011 (Semester 3)

Keputusan peperiksaan bagi kumpulan-kumpulan lain belum diumumkan. Sila semak pengumuman dari semasa ke semasa.

SEMAK  KEPUTUSAN